Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel mimi salleh

CARA LENYAPKAN STRES... BERHENTI JADI HAMBA KERJA

Imej
Setiap kali jumpa Ain dan adik-beradiknya yang semakin tinggi, selalu bergurau dengan Mak, "nasib baik ada budak-budak ni untuk sedarkan diri dah semakin tua." Kami gelak serentak.  Saat itu, selalunya saya tambah perisa usikan, "Besar hikmah sendi semakin sakit, jika tidak sehingga sekarang gigih nak buat macam-macam kerja, kan Mak (sambil * wink)?" Saya syukur apabila memasuki usia 40-an Tuhan angkat satu per satu beban di minda dan di hati. Beban terakhir yang Tuhan lenyapkan adalah 'klien korporat'. Haaaaa ... lega. Ringan bahu. Jika sesiapa pernah tonton filem seram 'Shutter', babak dimana ditunjukkan roh wanita bertenggek di pangkal leher watak utama, begitulah saya rasa selama 25 tahun ini. Cuma dalam hal saya, berat di bahu bukan roh wanita mati dirogol, tetapi beban tanggungjawab.  Fyi, semenjak Februari tahun ini, saya unemployed . Saya secara sedar mengambil keputusan untuk: tidak menjadi perunding editorial dan pe...

5 CARA UNTUK SELAMAT DI ALAM MAYA

Imej
Evolusi enjin carian berkembang seiring dengan perkembangan teknologi digital. Sehingga kini, Google masih enjin carian paling popular berbanding Yahoo, Bing dan beberapa enjin carian yang lain. Malah, hari ini juga, kita boleh mencari apa sahaja.  Mencari artikel, jurnal akademik, gambar, video... apa sahaja yang terlintas di fikiran, jari-jemari hanya perlu ketik perkataan kekunci (keyword). Misalnya, nak mencari siapa Mimi Salleh. Taip Mimi Salleh dan tekan 'enter'. Jika mahu lebih spesifik boleh taip 'Mimi Salleh Bujang OK' atau Mimi Salleh Jenin'. Akan keluar senarai yang berkaitan carian tersebut.  Sekarang kita juga boleh minta 'Google' cari lokasi melalui Google Map dan Google Location. Misalnya mahu mencari lokasi bengkel Young Jenin Writer di Taman Sri Gombak. Hanya taip alamat dan tekan 'enter'. Setiap jalan, lorong dan ceruk boleh dicari. Malah lokasi tersebut boleh dilihat secara 360 darjah (pusing sekeliling). Di dunia digital ...

DIAN, PELUKIS TERMUDA DI MALAYSIA

Imej
Dian Auliya Mohd Izani atau mesra dipanggil Dian, keletahnya lucu. Suka ketawa dan membuat aksi yang pasti membuat orang lain ketawa. Setiap pagi, Ira (adik bongsu saya) akan hantar Dian. Dari dalam kereta Dian akan lambai-lambai apabila nampak Mak Long (saya lah tu).  Saya di rumah, memang ada pensil warna, kapur dan berus. Dian selalu singgah ke bilik kerja saya (bilik berhadapan dengan bilik tidur utama, ruang untuk Dian dan Sofea). Apabila diberikan kertas, Dian akan menconteng. Buku-buku dia tak conteng, hanya suka flip laju-laju. Ini berbeza dengan Sofea yang lebih lasak dan suka menyusun barang. Mungkin darah yang mengalir dan budaya melukis dari mummy Dian.  Mummy Dian adalah adik bongsu saya. Ira atau Laila Salleh, nama yang kawan-kawannya panggil memang suka melukis. Mungkin Ira membesar melihat Abah dan Ajin, adik lelaki saya sering membuat lakaran (sketching) dan melukis. Ira pernah masuk pertandingan dan pameran. Cuma masa tidak mengizinkan, dia tidak d...

5 RASIONAL HARGA MEWAH SEPINGGAN CUCUR UDANG DI RESTORAN MILIK CHEF SELEBRITI

Imej
Petang cuti hari merdeka lalu, seorang kawan ajak Hi-Tea di restoran selebriti terkenal Dato' Chef Wan, De Wan 1958 By Chef Wan di The Linc. Bangunan The Linc terletak di tepi jalan seberang dari Intermark dan berdekatan dengan LRT Ampang Park. Masuk ke dalam bangunan tersebut, perkataan pertama muncul ialah 'instagram'. Ya, setiap sudut bangunan The Linc mempunyai elemen wow untuk mengambil gambar yang ohsem. Sebatang pokok kayu ara  yang besar menjadi 'signature' dengan kedai-kedai lain mengelilinginya. Kami berempat sampai di restoran tersebut dalam pukul 3.40 petang. Disambut gambar Chef Wan tersenyum lebar di muka pintu. Terus-terang, saya hadir ke restoran yang disebut-sebut ini dengan dua jangkaan (expectation) yang tak dapat dielakkan iaitu membayangkan harga juadah yang mahal setanding kualiti 'fine dining' dan rasa sedap tahap sentuhan chef antarabangsa. Selepas menunggu hampir 30 minit, sampailah sepinggan soto ayam dan seping...

FELLOWSHIP OF THE BOOK : KUASA PENULIS WANITA

Imej
Merujuk #augustblogpostchallenge, ini ialah gambar yang ada dalam galeri kamera saya. Diambil semalam. Kami berlima (yang ke-6 jauh di mata, dekat di hati) ialah penulis. Jangan ingat, di sebalik kemanisan wajah masing-masing ber'wefie' dengan senyuman bak iklan ubat gigi berjenama prestij, kami ini seperti penyanyi nasyid yang mendendangkan lagu irama syahdu.  Oh tidak. Kami sangat berbeza  dalam pelbagai segi... latar belakang, kerjaya, pengalaman, usia, personaliti malah ideologi politik. Jangan terperanjat, kami juga lantang bersuara. Lepak dengan kami seperti lepak di Parlimen. Berdebat, bertikam lidah tetapi selepas itu kami gelak ketawa.  Persahabatan 'Fellowship of the Book' kami ini terhasil secara organik. Ada rasa 'ngam' apabila bersama-sama dan kami saling beri inspirasi dan jadi pemangkin. Apabila difikirkan, ada 5 perkara yang menyebabkan kami kamceng: 1. Di mata ada nyala, di hati ada rasa Kekuatan wanita terletak pada ny...

5 TIP UNTUK TAHU SAMA ADA KITA BERSAHABAT BAIK ATAU TIDAK?

Imej
Seorang kawan perempuan pernah bertanya, "Saya kawan baik Mimi, ke?" Terkesima. Termanggu. Lama saya diam. Ternyata diam saya itu telah menerbitkan sekelumit calar di hatinya. Adakah perlu saya meminta maaf? Saya tak pasti. Adakah berdiam diri kerana tidak tahu jawapan, sehingga membuat si kawan terasa, itu salah saya? Akhirnya, kami anggap soalan itu tidak pernah wujud. Malangnya semenjak ditanya soalan itu, ia sentiasa bermain-main di laman fikiran. Orang yang bagaimanakah saya kategorikan sebagai sahabat baik? Dan, adakah saya seorang sahabat yang baik? Ini 5 perkara yang saya kenal pasti:  1. Saling mempercayai Apabila saya rasa selamat untuk bercerita sesuatu yang peribadi, saya tahu dia seorag sahabat. Dan, apabila si kawan mula membuka hati dan turut berkongsi rahsia, itu umpama saya tahu apabila dia tiba di syurga, dia akan memanggil nama. Jika saya tiada, dia akan jumpa Tuhan dan merayu untuk saya menikmati syurga bersama-samanya.  Ada sat...

5 FILEM MENGENAI BUKU YANG MESTI DITONTON

Imej
Menulis di blog memerlukan istiqamah. Terima kasih kepada rakan penulis Nor Sa'adah Ahmad yang memulakan cabaran penulisan blog bulan Julai. Walaupun saya gagal mencapai sasaran 31 catatan, sekurang-kurangnya ia satu permulaan (17 catatan adalah kejayaan kecil yang saya rai). Memulakan langkah di bulan Ogos, saya memulakan cabaran penulisan seterusnya dengan berkongsi filem kegemaran (hahaha... what have I get myself into).  Ini saya senaraikan 5 filem yang digemari berkaitan buku: Miss Potter Ia dilakonkan oleh Renee Zellweger berdasarkan kisah hidup Beatrix Potter, penulis buku kanak-kanak The Tale of Peter Rabbit. Beatrix meninggal dunia pada tahun 1943 dan telah mewasiatkan keseluruhan tanahnya kepada Tabung Amanah dan sehingga kini bukunya masih dicetak dan dibaca oleh kanak-kanak di seluruh dunia. Finding Forrester Ia mengisahkan perkenalan seorang pemuda (Rob Brown) dengan William Forrester, novelis terkenal (lakonan Sean Connery). Sesiapa yang nak me...

BUNGA

Imej
Setiap kali musim konvokesyen, bisnes bunga meletup-letup. Tak tahu siapa yang memulakan trend, musim konvo, para graduan mesti diberi bunga. Mungkin keluarga saya bukan jenis beri bunga, maka 3 kali sarung jubah graduasi untuk Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana tiada sekuntum bungapun saya dapat. Malah, Numan yang menemani semasa konvo di Illinois State University (Mak Abah tak dapat datang) juga tak beri bunga. Seumur hidup, 3 atau 4 kali sahaja saya mendapat bunga. Terakhir 2 tahun lepas, seorang lelaki menghulur sejambak besar bunga mawar merah tanda perkenalan. Kaget, tak tahu nak beri reaksi apa. Saya balas dengan ucapan terima kasih sahaja. Paling ohsem adalah lelaki pertama ajak saya 'date' ke lokasi Festival Bunga di Kuala Lumpur. Walaupun sudah 10 tahun berlalu, itu perancangan 'date' yang saya harus beri 'standing ovation'. Hampir 3km kami berjalan melihat -lihat rumah-rumah kampung yang dibina. Saya hargai perancangan itu. Bunga-bunga yang dilih...

NASI

Imej
Nasi sangat 'predictable'... beras jika campur santan, jadi nasi lemak. Jika campur tomato puri dan susu, jadi nasi tomato. Jika tumis dan campur daging jadi nasi daging. Jika dilebihkan air menjadi moi atau bubur. Nasi menepati citarasa tempatan dan global kerana resepi nasi boleh diinovasi rasa dengan apa sahaja bahan. Namun, paling saya tertarik mengenai nasi adalah teknik yang menjadikan ia istimewa.  Misalnya, saya kagum melihat nasi yang dimasak oleh ibu kawan saya, Leila. Nasi ditelungkup ke dalam pinggan lebar. Kelihatan kerak berwarna kecoklatan terbentuk mengikut bentuk periuk. Itulah pertama kali saya melihat kerak nasi menjadi 'delicacy' dan kerak itu disengajakan. Hahaha... serius saya tergelak apabila Leila memberitahu ada teknik tertentu untuk membuat kerak.  Saya beritahu Leila, "Jika di Malaysia, anak dara yang masak nasi berkerak belum boleh kahwin."  Ibunya warganegara Amerika yang berkahwin dengan orang Iran. Menurut ibu Le...

SEDERHANA

Imej
Saya ambil masa untuk menulis cabaran perkataan 'sederhana'. Apabila dibuat carian perkataan menggunakan Google Translate, di antara perkataan di dalam bahasa inggeris yang bermaksud sederhana ialah : simple plain modest ordinary unsophisticated inelaborate down-to-earth Konotasi 'sederhana' yang bermaksud biasa-biasa atau mediocre semakin buat saya gelisah. MEDIOCRE ?! Saya tak setuju sederhana dalam hidup bermaksud mediocre . Saya google pula surah-surah yang merujuk pada kesederhanaan dalam hidup. 2 surah ini menarik perhatian: Firman Allah SWT dalam Surah Al–Israa’ Ayat 26–27 yang bermaksud: “...dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros yang melampau–lampau. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur (ingkar) kepada Tuhannya”. Surah Al–A’raf Ayat 31 yang bermaksud “...dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan or...

HIJAU

Imej
Tinggal di Malaysia, warna hijau itu melata dan merata-rata. Ada pada rumput, flora, serangga, gunung-ganang malah kuih-muih juga ada yang bewarna hijau.  Hidup dikelilingi kehijauan bukan bermakna kehidupan hijau itu diangkat. Saya mengaku, saya antara insan yang selalu lupa untuk bertindak bijak menjaga alam sekitar.  Hanya setahun dua ini kami sekeluarga mula mengasing-asingkan sampah. Di dapur ada plastik sampah untuk barangan kering seperti plastik, tin, kertas dan kaca. Ada satu lagi plastik untuk sampah organik (mudah urai). Memandangkan kami jaga 2 orang anak kecil yang memakai lampin pakai buang, itu juga kami asingkan dalam plastik berbeza. Kami harap usaha kecil itu memudahkan orang yang bertugas di pusat pelupusan sampah. Tahun ini, kami sekeluarga mula menyisih dan menyah baju-baju lama temasuk barangan yang tak dipakai kepada syarikat kitar semula. Sehingga Jun 2019, sudah 3 kali kami menggunakan syarikat kitar semula. Kami hanya kumpulkan setempat b...

MALAM

Imej
Banyak kenangan waktu malam yang saya suka. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Sama ada mahu menulis mengenai  bintang-bintang di langit Queenstown, NZ, berkerlipan seperti mentol-mentol kecil yang dipasang semasa musim perayaan.  Atau, menulis melihat Super Moon berlabuh di kaki langit Pulau Redang, sedang jejari kaki menguit pasir-pasir lembab,  sedang si mamat R menabur ayat-ayat manis, kala mata hanya terpesona melihat cantiknya alam.  Saya memilih untuk menulis mengenai momen-momen malam pada tahun 1988. Ketika itu,  Mak Abah baru memulakan syarikat penerbitan majalah dengan majalah pertama kami iaitu majalah IBU.  Menerbitkan majalah bulanan, deadline sangat ketat. Perlu siapkan bahan untuk 3 keluaran ke hadapan. Kami hanya ada seorang jurutaip, Mak sebagai wartawan dan seorang type setter. Zaman itu tiada komputer grafik, yang ada ialah tugas-tugas typesetting. Setiap perkataan, perenggan, tajuk dan gambar harus disusun dan ditampal di ...

LAUT

Imej
Saya suka laut. Walaupun tak pandai berenang, asalkan boleh terapung, laut menjadi pilihan bercuti. Namun, ada satu  pengalaman di laut yang tak boleh dilupakan.  Tahun 2004, selain memiliki syarikat penerbitan majalah, Mak dan Abah juga menjual pakej pelancongan dengan cara bekerjasama dengan beberapa agensi pelancongan. Pada bulan Disember 2004 ada pakej menaiki Star Cruise Virgo selama 4 hari 3 malam. Mak dapat tempahan daripada sekumpulan guru-guru pesara untuk ikut serta.  Pagi itu, kami berempat, Mak, Abah, saya dan adik bongsu ke Pelabuhan Klang. Saya teruja... tak dapat bayangkan bagaimana rupa kapal pelancongan itu. Memasuki parkir Pelabuhan Klang, di hadapan kami gah sebuah kapal berwarna putih dengan tingkap-tingkap kecil tersusun seolah-olah bangunan flat yang melebar.  Ketika keluar dari kereta, melihat kapal yang tersergam, saya membayangkan diri seperti Rose di dalam filem Titanic. Mungkinkah Mimi akan bertemu Jack? Siapakah gerangannya si...

COKLAT

Imej
Ini kisah penangan coklat dalam memikat. Tetapi dalam cerita ini ia bukan sekadar coklat tetapi lebih hebat, kek keju coklat. Bukan satu biji kek, tetapi dua biji. Satu lagi ialah kek keju strawberi.  Ini bukan kisah cinta saya cuma saya terlibat dalam proses itu. Ini kisah Numan. Kawan baik saya di Amerika seorang mamat Pakistan, bapanya doktor dan keluarganya sudah menetap lama di Amerika. Numan bertubuh sedang, tinggi hampir 6 kaki, berambut lebat hitam dengan bebola mata yang... aduhaiii seperti karamel cair dipagari bulu mata lentik. Pertama kali kami bertemu saya lihat dia biasa-biasa sahaja. Lama-kelamaan, dia semakin kacak. Mungkin kehidupan kampus dan dia mula pandai 'groom' menyumbang pada perubahan itu. Sekali pandang, wajahnya ada iras pelakon Bollywood Amir Khan dan Akshay Kumar. Di Illinois State Universiti tiada pelajar Melayu Malaysia. Practising muslims juga tak ramai. Ada yang pada nama sahaja berbunyi Muslim.  Saya dan beberapa muslim yang lain selalu l...

MENCATAT DI BLOG

Imej
Semalam, siap blog. Tadaaa.... Ini menyahut seruan Nor Saa'adah Ahmad, rakan penulis untuk kami membina blog sekaligus cabaran menulis '31 prompt words' sempena Julai.  Walaupun cabaran ini sekadar penulisan santai, ini usaha yang bagus. Ia membentuk jaringan sesama rakan sehati, sejiwa dan sekepala.  Secara peribadi, saya masih tak pasti ke mana arah blog ini. Ini adalah blog ke-4 yang saya bina. 3 yang lain boleh klik lihat di capaian berikut.  Bujang OK - ini catatan si bujang (yours truely) kepada orang bujang merujuk pada siri Bujang OK ( www.bujangok4u.blogspot.com ) Aku Jenin - ini ringkasan aktiviti kanak-kanak yang saya anjurkan semenjak tahun 2017. Ada bengkel Young Jenin Writer dan buku-buku ( www.akujenin.blogspot.com ) Usahawan Sukses - ini majalah yang saya kendalikan selama 10 tahun. Tak ingat apa nama blog tu, tapi boleh lihat wikipedia ( https://ms.wikipedia.org/wiki/Majalah_Usahawan_Sukses ) Mungkin, saya akan tulis di b...

VLOG

Imej
Malu nak beritahu, vlog pertama saya beberapa tahun yang lalu adalah cara pakai tudung. Hahaha... serius. Tudung yang saya pakai hanya guna 2 peniti. Tidak perlu guna anak tudung dan ambil masa kurang 1 minit untuk pakai. Terus-terang, saya sebenarnya naik segan apabila orang asyik tanya cara saya pakai tudung. Tetapi, nampaknya itu dah menjadi sebahagian identiti 'Mimi Salleh'. Maka, terciptalah video berdurasi kurang 3 minit itu. P/s : Vlog saya seterusnya saya buat khusus untuk aktiviti berkaitan buku kanak-kanak dan bengkel Young Jenin Writer. Itu boleh cari di youtube : Mimi Salleh Official

BUKU

Imej
Mak Abah tak pernah suruh kami baca buku, waima buku pelajaran sekalipun. Tapi budaya yang melibatkan buku itu yang diterapkan. Dulu, setiap kali Mak Abah ke konferens kewartawanan di Indonesia balik dengan 2 beg besar penuh dengan buku. Semasa saya belajar di Amerika, tanya Mak nak saya beli apa-apa ke. Mak suruh beli buku dan langgan majalah bulanan. Tamat belajar, saya habiskan USD700 untuk bawa balik berkotak-kotak buku dan majalah dengan kontena ke Malaysia. FYI, kami adik-beradik guna buku bukan untuk membaca sahaja. Kami jadikan buku sebagai 'lautan' untuk kami berenang. Teraburkan buku di lantai kemudian kuak tangan seperti berenang. Atau, jadikan buku sebagai 'bukit landai penuh salji', kemudian kami berangan-angan 'ski' seperti atlit olimpik musim salji. Jika buku digabungkan dengan kusyen, maka jadi seperti kubu untuk kami bermainperang-perang. Mak Abah tak pernah larang atau secara spesifik suruh kami baca buku tertentu. Suka hati kami. K...

MELANCONG

Apabila membaca definisi melancong itu bersenang-senang dan melihat-lihat, termenung sekejap. Ya ke, bersenang-senang? Rasanya, perlu turun naik kapal terbang/bus/kapal, beratur di imegresen, angkut/pikul baju ke hulu, ke hilir. Jika definisi melancong itu bersenang-senang, baik 'melancong' di rumah sahaja. Baring di katil tonton neflix. Ya ke, melihat-lihat? Teringin nak cuba makanan di Morocco, beli. Nampak baju di Itali, beli. Teringat Mak di Sydney, beli ole-ole. Nampak fridge magnet, beli. Tiada istilah lihat-lihat je apabila melancong. Bagi saya skop definisi melancong itu luas. Mestilah. Jika ia sesempit definisi 'bersenang-senang dan melihat-lihat' mana mungkin kawan-kawan saya Norsa'adah Ahmad, Noor Hayati Yasmin, Normi Nas, Rohaniah Noor, Puan Nisah Haron, Azzah Abdul Rahman berjaya mencatat pandang rasa yang sangat ohsem di dalam buku travelog masing-masing. Ini belum lagi cerita mengenai adik lelaki saya, 2 tahun 'melancong' tanpa tiket balik....

MIMPI

Ada sekadar mainan tidur bilamana litar neuron bergerak aktif semasa REM (Rapid Eye Movement). Tetapi ada mimpi yang membawa ramalan dan ilham. Mimpi yang terkenal adalah mimpi Nabi Yusof, melihat bintang-bintang sujud dan mimpi di dalam penjara. Ibrah daripada mimpi Nabi Yusof, 7 tahun musim subur 7 tahun kemarau, saya sangat suka. Pernah terbaca (tak ingat di mana) seorang penulis menggunakan mimpi untuk mendapatkan idea/ilham penulisan yang segar. Dia meletakkan buku nota di meja sisi katil. Terjaga dari mimpi terus dicatat apa yang dia masih ingat. Saya pernah mengalami mimpi-mimpi yang mana seorang rakan beritahu, jika mimpi hal-hal seperti itu, akan berlaku sebaliknya (atau, tak akan berlaku): + mimpi Mak meninggal. Saya terbangun menangis tersedu-sedu. Sedih yang amat. + mimpi anak perempuan seiras wajah saya, berusia 2 tahun, saiz badannya kecil, kulit hitam manis dengan rambut paras bahu yang lebat beralun. + mimpi berpakaian serba putih, berseri-seri, duduk malu...