Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2019

FELLOWSHIP OF THE BOOK : KUASA PENULIS WANITA

Imej
Merujuk #augustblogpostchallenge, ini ialah gambar yang ada dalam galeri kamera saya. Diambil semalam. Kami berlima (yang ke-6 jauh di mata, dekat di hati) ialah penulis. Jangan ingat, di sebalik kemanisan wajah masing-masing ber'wefie' dengan senyuman bak iklan ubat gigi berjenama prestij, kami ini seperti penyanyi nasyid yang mendendangkan lagu irama syahdu.  Oh tidak. Kami sangat berbeza  dalam pelbagai segi... latar belakang, kerjaya, pengalaman, usia, personaliti malah ideologi politik. Jangan terperanjat, kami juga lantang bersuara. Lepak dengan kami seperti lepak di Parlimen. Berdebat, bertikam lidah tetapi selepas itu kami gelak ketawa.  Persahabatan 'Fellowship of the Book' kami ini terhasil secara organik. Ada rasa 'ngam' apabila bersama-sama dan kami saling beri inspirasi dan jadi pemangkin. Apabila difikirkan, ada 5 perkara yang menyebabkan kami kamceng: 1. Di mata ada nyala, di hati ada rasa Kekuatan wanita terletak pada ny

5 CARA UBATI HATI YANG DIKECEWAKAN

Imej
Pernah saya sakit dada selama seminggu sehingga sukar bernafas. Mustahil saya sakit jantung (walaupun ketika itu muka kebas-kebas). Ingatkan pedih ulu hati... "tapi aku makan." Memang, jika sibuk lupa nak makan.  Apabila sakit dada dah tak tahan, saya jumpa doktor. Dia suruh saya tarik dan lepaskan nafas. Dia tanya sakit di mana. Kemudian doktor senyum, katanya, "You have unleashed anger." Saya akui ketika itu pelbagai ujian datang kiri kanan atas bawah. Ujian yang terpaksa dihadapi serentak. Anggota tubuh jadi 'overwhelm' walaupun pada fikiran, "I believe I can handle these." Ketika itu usia saya awal 30-an. Oleh sebab saya tak boleh melarikan diri dari masalah, the next best solution... masuk larian. Boleh lihat di album FB, saya ada masuk beberapa larian.  Saya juga belajar memahami hati.  Hati saya mudah sayang. Orang putih kata, 'wear one's heart on one's sleeves." Saya tunjuk keterujaan. Nyala rasa (passi

5 TIP UNTUK TAHU SAMA ADA KITA BERSAHABAT BAIK ATAU TIDAK?

Imej
Seorang kawan perempuan pernah bertanya, "Saya kawan baik Mimi, ke?" Terkesima. Termanggu. Lama saya diam. Ternyata diam saya itu telah menerbitkan sekelumit calar di hatinya. Adakah perlu saya meminta maaf? Saya tak pasti. Adakah berdiam diri kerana tidak tahu jawapan, sehingga membuat si kawan terasa, itu salah saya? Akhirnya, kami anggap soalan itu tidak pernah wujud. Malangnya semenjak ditanya soalan itu, ia sentiasa bermain-main di laman fikiran. Orang yang bagaimanakah saya kategorikan sebagai sahabat baik? Dan, adakah saya seorang sahabat yang baik? Ini 5 perkara yang saya kenal pasti:  1. Saling mempercayai Apabila saya rasa selamat untuk bercerita sesuatu yang peribadi, saya tahu dia seorag sahabat. Dan, apabila si kawan mula membuka hati dan turut berkongsi rahsia, itu umpama saya tahu apabila dia tiba di syurga, dia akan memanggil nama. Jika saya tiada, dia akan jumpa Tuhan dan merayu untuk saya menikmati syurga bersama-samanya.  Ada sat

5 FILEM MENGENAI BUKU YANG MESTI DITONTON

Imej
Menulis di blog memerlukan istiqamah. Terima kasih kepada rakan penulis Nor Sa'adah Ahmad yang memulakan cabaran penulisan blog bulan Julai. Walaupun saya gagal mencapai sasaran 31 catatan, sekurang-kurangnya ia satu permulaan (17 catatan adalah kejayaan kecil yang saya rai). Memulakan langkah di bulan Ogos, saya memulakan cabaran penulisan seterusnya dengan berkongsi filem kegemaran (hahaha... what have I get myself into).  Ini saya senaraikan 5 filem yang digemari berkaitan buku: Miss Potter Ia dilakonkan oleh Renee Zellweger berdasarkan kisah hidup Beatrix Potter, penulis buku kanak-kanak The Tale of Peter Rabbit. Beatrix meninggal dunia pada tahun 1943 dan telah mewasiatkan keseluruhan tanahnya kepada Tabung Amanah dan sehingga kini bukunya masih dicetak dan dibaca oleh kanak-kanak di seluruh dunia. Finding Forrester Ia mengisahkan perkenalan seorang pemuda (Rob Brown) dengan William Forrester, novelis terkenal (lakonan Sean Connery). Sesiapa yang nak me