5 CARA UBATI HATI YANG DIKECEWAKAN
Pernah saya sakit dada selama seminggu sehingga sukar bernafas. Mustahil saya sakit jantung (walaupun ketika itu muka kebas-kebas). Ingatkan pedih ulu hati... "tapi aku makan." Memang, jika sibuk lupa nak makan.
Apabila sakit dada dah tak tahan, saya jumpa doktor. Dia suruh saya tarik dan lepaskan nafas. Dia tanya sakit di mana. Kemudian doktor senyum, katanya, "You have unleashed anger."
Saya akui ketika itu pelbagai ujian datang kiri kanan atas bawah. Ujian yang terpaksa dihadapi serentak. Anggota tubuh jadi 'overwhelm' walaupun pada fikiran, "I believe I can handle these."
Ketika itu usia saya awal 30-an. Oleh sebab saya tak boleh melarikan diri dari masalah, the next best solution... masuk larian. Boleh lihat di album FB, saya ada masuk beberapa larian.
Saya juga belajar memahami hati.
Hati saya mudah sayang. Orang putih kata, 'wear one's heart on one's sleeves." Saya tunjuk keterujaan. Nyala rasa (passion) membuat hati saya mengembang. Misalnya, jika saya bercakap mengenai projek Aku Jenin, orang akan nampak dan dengar betapa terujanya saya. Begitu juga apabila saya bercakap mengenai isu orang bujang hidup cemerlang. Terasa membuak-buak semangat. Kritikan dan secubit sokongan mampu jadi pemangkin yang menjana momentum.
Jika saya sayang kawan, lagilah.
Malangnya, hati saya juga mudah relai. Ironik, ia bukan disebabkan oleh kritikan. Sebaliknya, apabila saya dikecewakan oleh sesuatu/seseorang yang dipercayai. Lama nak pulih. Ini saya dapati salah satu punca stres.
Jadi bagaimana untuk hadapi stres apabila hati mudah sayang?
1. "It is ok NOT to forgive people immediately."
Ucapan maaf apatah lagi sorry sudah menjadi klise. Sebutan 'kosong-kosong' semasa menyambut Syawal juga sadis jika difikirkan... adakah dengan ucapan maaf atau 'kosong-kosong' itu hati mesti terus memaafkan dan membenarkan perbuatan/kata-kata yang melukakan?
Hati masih ingat momen kecewa dan ia tak mampu menjadi sediakala dengan 1 permohonan maaf. Hati berhak diberi masa untuk pulih.
2. "It is ok to be angry."
Kita manusia punya perasaan. Akal memberi rasional untuk manusia berfikir dan tidak menurut kata rasa secara melulu. Namun perasaan marah sepertimana periuk stim, wap panas itu perlu dilepaskan. Sebagai orang dewasa, kita harus matang memikirkan cara untuk menangani perasaan marah itu.
Jika kita mampu berhadapan dengan orang/keadaan yang menyebabkan kita marah dan rasa lega selepas itu, silakan. Tetapi jika ia hanya menambah stres, fikir solusi yang lebih positif. Misalnya menyanyi karoke, berlari, masuk gelanggang gusti dan sebagainya.
3. "It's ok to burn bridges."
Percaya atau tidak, salah satu kelompok 'dream wrecker' atau pemusnah impian adalah ahli keluarga sanak saudara dan teman rapat. Merekalah yang sering buat 'my blood go upstair' yang akhirnya mencetus stres. Burn the bridge! Putuskan hubungan!
Tak perlu kata, "kau bukan kawan aku dunia akhirat." Hal-hal akhirat kita masih mahu rahmat Tuhan. Jangan putus silaturrahim. Apa yang kita boleh buat ialah elak bertemu. Jika dia kawan di FB, unfollow (Jika nak block juga boleh. Terpulang). Jika dia kawan sepejabat, hanya anggap ia sebagai urusan rasmi. Had masa interaksi.
Bagaimana semasa hari raya atau kenduri? Usaha untuk tidak bertembung atau duduk semeja. Ingat, hati ambil masa untuk pulih!
4. "It's ok to cry."
Menangislah. Menangis puas-puas.
Tetapi, hargai airmata itu. Nilai airmata itu jangan disia-siakan dengan emosi negatif berpanjangan. Airmata hanya menjadi ubat jika diambil dalam dosej bersuaian. Jika berlebih-lebihan akan memudaratkan.
5. "It's ok to seek help."
Kenali diri, fahami hati. Apabila hati masih tidak mampu pulih dan kita memasuki depresi kronik berjumpalah dengan pakar. Please, please... elak 'mendiagnosis' diri yang lemah, tak terdaya atau halusinasi sebagai kena sampuk/buatan orang/penyakit misteri. Jumpa pakar perubatan terlebih dahulu.
5 cara ini cara saya menangani saat dikecewakan. Pada masa yang sama saya selalu ingat 'fasabrun jameel'. Sabar itu indah. Memang tak logik dimanakah 'indah' pada saat hati dikecewakan dan sedang bersedih. Percayalah 'fasabrun jameel' itu ada.
Mahukah aku ceritakan kepadamu mengenai sesuatu yang membuat Allah memuliakan kedudukan dan meninggikan darjatmu? Para sahabat menjawab; tentu. Rasul pun bersabda; Kamu harus bersikap sabar kepada orang yang membencimu, kemudian memaafkan orang yang berbuat zalim kepadamu, memberi kepada orang yang memusuhimu dan juga menghubungi orang yang telah memutuskan silaturahim denganmu.” (Hadis riwayat al-Thabrani)
Ulasan
Catat Ulasan