KASIH SAYANG TANPA SYARAT
Kasih sayang tanpa syarat (unconditional love) antara perkara yang mudah diucap tapi sangat sukar dibuat.
Kita terus menghakimi seseorang hanya kerana cara dia (berfikir, bercakap, bertindak) berbeza dengan cara kita.
"I like you just the way you are..." antara dialog Mark Darcy yang buat hati Bridget Jones terdetik, "He is not what he seems ...."
Jika dalam filem, plot berubah fikiran/hati boleh dibuat dalam masa 2 jam dan selalunya berakhir dengan penamat yang gembira. Namun realitinya, kita dipupuk (condition) dengan pelbagai syarat sepanjang hidup dan penamatnya mungkin kekecewaan.
- Periksa mesti dapat semua A
- Kerja mesti bagus
- Kahwin sebelum usia 30
- Dapat anak dalam tahun pertama perkahwinan
- Kawan mesti lepak bersama-sama
... dan senarainya berterusan.
Mengubah paradigma selepas minda/emosi/jiwa telah 'disyaratkan' memerlukan anjakan yang seumpama ledakan, yang akan buat kita terdetik, "... what just happen?" Ini saya panggil A'ha moment.
A'ha moment ini saya alami beberapa kali. Tercampak seorang diri di Normal, Illinois. Adik lelaki kahwin awal. Cabaran bisnes. Menukar kerjaya. Dan, banyak lagi.
Satu variable yang selalu muncul ialah human interaction. Terus-terang, hubungan sesama manusia selalu buat saya keliru. Sehinggalah, saya mencecah usia 40 apabila saya membuat keputusan, "Mimi, before you expect people to accept you just the way you are, you first have to do so."
Alhamdulillah, rezeki saya dapat ilham menganjurkan bengkel Young Jenin Writer pada tahun 2017. Berdepan dengan kanak-kanak (dan orang dewasa) yang pelbagai karenah dengan tahap pemikiran/kreativiti/penerimaan/tindakan yang berbeza memerlukan saya berfikiran terbuka bahawa saya harus rai perbezaan. Setiap daripada kita berbeza.
Human interaction is an art. Sama seperti seni yang lain, ia kemahiran yang memerlukan latihan.
Bagaimana jika kita lihat seorang kawan sedang murung? Nak dengar sahajakah atau beri solusi?
Bagaimana nak kendali ahli keluarga yang tak boleh terima cita-cita kita? Sisih mereka atau pendamkan sahaja?
Patutlah Tuhan pesan habluminallah, habluminannas. Kompleks hubungan manusia ini adalah ujian. Berkasih sayang itu satu rahmat.
Ada kawan yang baru kenal 5 minit sudah terasa seperti kenal semenjak tadika. Ada kawan yang berikan suntikan semangat untuk kita jadi lebih baik. Ada juga kawan yang memerlukan kita untuk beri semangat untuk dia berubah menjadi lebih baik.
Saya doakan hari ini rahmat kasih sayang mencurah-curah turun kepada semua yang membaca status ini.
Ulasan
Catat Ulasan