Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2020

GARA-GARA PKP SATU KELUARGA MAKAN TELUR SOLAR

Imej
"Ya Allah!" Surya terkocoh-kocoh. Dia mencari sesuatu dari dalam beg. "Cari apa?" Tanya saya. "Kunci kereta. Lupa... lupa sungguh," keluh Surya buat saya bertambah hairan. "Lupa apa?" "Telur. Satu papan telur tertinggal dalam kereta. Dah 2 hari." Aduhai. Saya cepat-cepat lari turun tangga. Janganlah busuk, janganlah busuk telur tu. Surya ke pasar hari Jumaat. Hari ini dah hari Ahad. Kemungkinan besar telur-telur itu dah busuk, detik hati.  Saya nampak sepapan telur masih dalam plastik di kerusi belakang. Apabila diangkat, panasss. Panas sungguh ni. Masuk ke rumah, kami ambil sebiji telur. Panas kulitnya seperti baru diangkat dari air mendidih. Surya cuba pecahkan ke dalam mangkuk. Eh, tak boleh. Kulit yang terkopek menampakkan isi telur yang putih. Dah jadi telur rebus! Tak percaya, kami cuba secara rawak pecahkan beberapa telur yang lain dari papan yang sama. Ada yang keras, ada yang tiga suku masak. Alhamdulillah.

UNTUNG JADI SUAMI MAKCIK KIAH

Imej
Tiba-tiba kisah Makcik Kiah jadi tular. Si penjual pisang goreng yang tinggal di PPR Desa Tun Razak. Suaminya pesara dan sekarang membawa Grab. Anak Makcik Kiah pula adalah peminjam PTPTN. Terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia (dan penulis teks ucapan) kerana menggunakan contoh rakyat marhain dalam menjelaskan Pakej Rangsangan Ekonomi pada petang Jumaat, 27 Mac 2020. Makcik Kiah adalah contoh kehidupan 40% daripada rakyat Malaysia. Makcik Kiah adalah kisah ramai. Makcik Kiah mungkin juga kisah kita. Kisah rakyat marhain yang mencari rezeki pada saat gawat. Ditambah pula suami Makcik Kiah si pesara yang terpaksa meneruskan kelangsungan hidup dengan menjadi pemandu e-hailing. Ya, pemandu e-hailing adalah rakyat stereng yang berusaha untuk melawan kegawatan dengan menggabungkan kudrat dan keupayaan ekonomi 'gig'. Istilah ekonomi gig ini semakin popular digunakan semenjak wujudnya platform perantara perkhidmatan secara digital seperti e-h

MASIH ADAKAH SINAR SELEPAS COVID-19?

Imej
Getaran di hati saya kali ini bukan cinta. Tetapi, rasa 'dejavu'. Rasa cuak. Apa yang akan berlaku selepas COVID-19? Pandemik COVID-19 yang melanda dunia adalah sesuatu yang mengejutkan ramai. Ini bukanlah pandemik pertama yang rakyat dunia lalui. Sebelum ini, pandemik H1N1 yang juga novel virus pada tahun 2009 menyebabkan kematian di antara 151,700 and 575,400 orang di seluruh dunia pada tahun pertama ia dikesan (info dari Center for Disease Control and Prevention).  Tetapi, ketika pandemik H1N1 melanda, kita di Malaysia masih boleh bersiar-siar dan berhimpun di luar rumah. Kali ini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April (semenjak 18 Mac yang lalu) menyebabkan semua  'halt'.  Jadi apa akan berlaku pada ekonomi negara pada tahun 2020 ini?  Apa akan terjadi pada pendapatan keluarga saya bulan ini, bulan depan dan seterusnya? 'Dejavu' yang saya rasai berasas. Kegawatan ekonomi pada akhir tahun 1980-an dan1997,