MASIH ADAKAH SINAR SELEPAS COVID-19?



Getaran di hati saya kali ini bukan cinta. Tetapi, rasa 'dejavu'. Rasa cuak. Apa yang akan berlaku selepas COVID-19?

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia adalah sesuatu yang mengejutkan ramai. Ini bukanlah pandemik pertama yang rakyat dunia lalui. Sebelum ini, pandemik H1N1 yang juga novel virus pada tahun 2009 menyebabkan kematian di antara 151,700 and 575,400 orang di seluruh dunia pada tahun pertama ia dikesan (info dari Center for Disease Control and Prevention). 

Tetapi, ketika pandemik H1N1 melanda, kita di Malaysia masih boleh bersiar-siar dan berhimpun di luar rumah. Kali ini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April (semenjak 18 Mac yang lalu) menyebabkan semua  'halt'. 

Jadi apa akan berlaku pada ekonomi negara pada tahun 2020 ini? 

Apa akan terjadi pada pendapatan keluarga saya bulan ini, bulan depan dan seterusnya?

'Dejavu' yang saya rasai berasas.

Kegawatan ekonomi pada akhir tahun 1980-an dan1997, saya tak lalui secara langsung. Masih di sekolah/universiti. Tetapi saya ikuti cerita Mak berdepan dengan masalah kewangan syarikat.

Saya sendiri merasai dan melalui 'aftermath' gawat bermula tahun 2000 dan beberapa gelombang 'gawat' selepas itu. Pertama, tempias gawat 1997 menyebab semua pencetak kami tidak lagi memberi credit term 3 bulan. Credit term adalah talian hayat yang berharga untuk syarikat penerbitan.

Bermula tahun 2000 itu semakin ketara pembaca majalah mula beralih ke media sosial. Jualan majalah semakin merudum.  Disruptive technology atau inovasi pada perisian/perkakasan /cara kerja yang pada dasarnya bagus kepada pengguna telah memberi natijah yang menyebabkan beberapa syarikat terpaksa ubah haluan atau tutup terus.

Tahun 2007, para penerbit majalah/surat khabar dan syarikat media menerima rangsangan Kerajaan melalui Program Promosi Pengiklanan yang mana Kerajaan memberi 50% subsidi kepada IKS. Ini bermakna syarikat-syarikat penerbitan 'confirm' dapat duit 50% itu.

Ketika ini, syarikat penerbitan keluarga saya sudah semakin tenat. Jualan semakin merudum. Para pengiklan sudah mula beralih ke digital. Rezeki tahun 2007 umpama bulan jatuh ke riba, rezeki turun dari langit. 

Alhamdulillah, bertitik tolak daripada Program pengiklanan itu, selama 3 tahun duit masuk dari kerja-kerja perudingan editorial dan penerbitan. Ya, saya ubah hala tuju syarikat. Saya cari lubuk di agensi-agensi kementerian. Ketika itu saya memakai entah berapa banyak 'topi'. Sayalah editor, wartawan, pegawai pemasaran, pegawai jualan... fokus mencari duit.

Namun, pada tahun 2010, bahang gawat mula terasa. Hampir semua klien dari kalangan agensi kementerian mengurangkan bilangan terbitan buletin/majalah mereka. Tender pembekalan semakin sukar apabila sebutharga yang 'menang' adalah di bawah harga pasaran. Tindakan utimatum saya pada akhir tahun 2010 ialah menjual bangunan syarikat (Abah dah setahun strok ketika itu dan Mak menghasilkan skrip untuk RTM di rumah). 

Dalam situasi semasa yang mana saya kais pagi dan hanya boleh makan hasil selepas 3 bulan, I ignore my gut feeling. Pada tahun 2015, hati kecil saya dah berkata-kata, "Get out, Dont get involve with goverment job." Kemahiran dan kebolehan untuk 'forsee' adalah aset berharga kepada seorang usahawan. Namun, keadaan ekonomi dan politik yang tidak stabil menyukarkan usaha saya untuk 'forsee' peluang dan risiko.

Kesan yang amat buruk saya rasai pada tahun 2017 dan kemuncaknya pada tahun 2018 apabila PRU 14 menyebabkan peralihan total tampuk pimpinan negara. Selama setahun, 2 buah agensi kementerian  yang saya bertungkus lumus menyiapkan kerja 'hold all jobs'. Apa maksud 'hold all job.? No money. 

Alhamdulillah, satu bidang baharu yang saya ceburi pada tahun 2015 memberi pendapatan sampingan. Saya mula berjinak-jinak dengan dunia buku kanak-kanak. Terus-terang saya sendiri tak pasti apa 'outcome' bidang ini. Yang pasti, saya nampak peluang. Dan, tahun 2018, saya mula fokus kepada dunia baharu itu (nanti saya cerita di status lain).

Berbalik pada soalan di awal tadi, 'Apa akan terjadi pada pendapatan keluarga saya bulan ini, bulan depan dan seterusnya? selepas COVID-19. Saya tak mampu nak jawap. Saya perlu dengar apa yang kerajaan akan umumkan semasa pembentangan rangsangan ekonomi 2.0 pada 30 Mac nanti.

Tetapi, satu perkara pasti. Surviving turmoil is a must.

Menanam harapan untuk melihat sinar selepas COVID-19 adalah usaha kita mempercayai esok lebih baik daripada hari ini. Mohon Tuhan beri ilham. Doa agar Dia permudahkan rezeki. 

p/s: Tempoh PKP adalah tempoh untuk merancang strategi.

Ulasan

MENARIK

GARA-GARA PKP SATU KELUARGA MAKAN TELUR SOLAR

DIAN, PELUKIS TERMUDA DI MALAYSIA

LAUT