GARA-GARA PKP SATU KELUARGA MAKAN TELUR SOLAR
"Ya Allah!"
Surya terkocoh-kocoh. Dia mencari sesuatu dari dalam beg.
"Cari apa?" Tanya saya.
"Kunci kereta. Lupa... lupa sungguh," keluh Surya buat saya bertambah hairan.
"Lupa apa?"
"Telur. Satu papan telur tertinggal dalam kereta. Dah 2 hari."
Aduhai. Saya cepat-cepat lari turun tangga. Janganlah busuk, janganlah busuk telur tu. Surya ke pasar hari Jumaat. Hari ini dah hari Ahad. Kemungkinan besar telur-telur itu dah busuk, detik hati. Saya nampak sepapan telur masih dalam plastik di kerusi belakang. Apabila diangkat, panasss. Panas sungguh ni.
Masuk ke rumah, kami ambil sebiji telur. Panas kulitnya seperti baru diangkat dari air mendidih. Surya cuba pecahkan ke dalam mangkuk.
Eh, tak boleh.
Kulit yang terkopek menampakkan isi telur yang putih. Dah jadi telur rebus! Tak percaya, kami cuba secara rawak pecahkan beberapa telur yang lain dari papan yang sama. Ada yang keras, ada yang tiga suku masak.
Alhamdulillah. kesemua 30 biji telur masih boleh dimakan.
Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac yang lalu, Surya yang beli barang. Sampai di rumah, semua baju yang dipakai, ditanggal dan dimasukkan ke dalam bakul 'kain untuk dibasuh'. Tukar baju lain. Kami sangat berhati-hati kerana Surya jaga 3 orang anak saudara berusia bawah 2 tahun.
Mungkin...Surya tertinggal sepapan telur di dalam kereta kerana dia nak cepat-cepat tukar baju. Kemudian, nak dijadikan cerita situasi PKP, dia guna kereta hanya untuk beli barang dapur seminggu sekali. Nasib baik hanya 2 hari telur tertinggal dalam kereta. Jika sehingga minggu depan, entah apa yang jadi.
Kami sekeluarga namakan telur itu sebagai telur solar. Yalah, tenaga solar yang memasakkan telur dalam kereta. Saya bayangkan suhu di dalam kereta mungkin mencapai 100 darjah celcius seperti air mendidih yang menghasilkan telur rebus.
Sekarang cabaran kami sekeluarga, nak masak apa dengan 30 biji telur rebus? Kawan-kawan di FB ada cadang beberapa resepi telur.
Baik, bermulalah misi memasak telur solar!

Rupa sebenar telur yang tertinggal 2 hari di dalam kereta. |
Sarapan : nasi goreng + telur solar + air asam (tomato, cili api, hirisan bawang besar, sedikit belacan) |
Makan tengah hari : Nasi putih + telur solar bungkus begedil kentang + telur solar masak lemak cili api + air asam + kerabu suun |
Jenuh makan 30 biji!
BalasPadam