Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2019

KEGEMBIRAAN JULAI

Imej
Hari ini 31 Julai.  Tahun ini, awal-awal lagi saya sudah sisipkan keinginan untuk meraikan hari lahir sepanjang bulan Julai.  Hahaha... orang lain raikan satu hari, kenapa Mimi nak jadi diva raikan sebulan? Begini ... berada di dalam usia 40-an, ucapan Selamat Hari Lahir terasa klise. Jadi, semenjak 2 tahun lepas, saya berusaha untuk sambut hari lahir hanya bersama-sama 'me, myselt and I'.  Saya tutup notifikasi hari lahir pada facebook supaya tidak dibuai-buai oleh ekstasi sambutan hari lahir. Saya pilih untuk menikmati hari lahir sendirian dengan zero perancangan.  2 tahun itu, tanpa perancangan, bertemankan monolog sepi, terasa rugi pula masa 24 jam yang berlalu itu (haissh... macam-macam si Mimi ni). Jadi tahun ini, Julai dirai dengan cara berbeza.  Terus-terus, saya tiada perinci. Saya hanya mahu 3 perkara: Meraikan bersama-sama kawan. Meraikan ia sepanjang Julai Merahsiakan tarikh lahir Kebetulan kawan penulis Norsa'adah Ahmad mer

BUNGA

Imej
Setiap kali musim konvokesyen, bisnes bunga meletup-letup. Tak tahu siapa yang memulakan trend, musim konvo, para graduan mesti diberi bunga. Mungkin keluarga saya bukan jenis beri bunga, maka 3 kali sarung jubah graduasi untuk Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana tiada sekuntum bungapun saya dapat. Malah, Numan yang menemani semasa konvo di Illinois State University (Mak Abah tak dapat datang) juga tak beri bunga. Seumur hidup, 3 atau 4 kali sahaja saya mendapat bunga. Terakhir 2 tahun lepas, seorang lelaki menghulur sejambak besar bunga mawar merah tanda perkenalan. Kaget, tak tahu nak beri reaksi apa. Saya balas dengan ucapan terima kasih sahaja. Paling ohsem adalah lelaki pertama ajak saya 'date' ke lokasi Festival Bunga di Kuala Lumpur. Walaupun sudah 10 tahun berlalu, itu perancangan 'date' yang saya harus beri 'standing ovation'. Hampir 3km kami berjalan melihat -lihat rumah-rumah kampung yang dibina. Saya hargai perancangan itu. Bunga-bunga yang dilih

NASI

Imej
Nasi sangat 'predictable'... beras jika campur santan, jadi nasi lemak. Jika campur tomato puri dan susu, jadi nasi tomato. Jika tumis dan campur daging jadi nasi daging. Jika dilebihkan air menjadi moi atau bubur. Nasi menepati citarasa tempatan dan global kerana resepi nasi boleh diinovasi rasa dengan apa sahaja bahan. Namun, paling saya tertarik mengenai nasi adalah teknik yang menjadikan ia istimewa.  Misalnya, saya kagum melihat nasi yang dimasak oleh ibu kawan saya, Leila. Nasi ditelungkup ke dalam pinggan lebar. Kelihatan kerak berwarna kecoklatan terbentuk mengikut bentuk periuk. Itulah pertama kali saya melihat kerak nasi menjadi 'delicacy' dan kerak itu disengajakan. Hahaha... serius saya tergelak apabila Leila memberitahu ada teknik tertentu untuk membuat kerak.  Saya beritahu Leila, "Jika di Malaysia, anak dara yang masak nasi berkerak belum boleh kahwin."  Ibunya warganegara Amerika yang berkahwin dengan orang Iran. Menurut ibu Le

SEDERHANA

Imej
Saya ambil masa untuk menulis cabaran perkataan 'sederhana'. Apabila dibuat carian perkataan menggunakan Google Translate, di antara perkataan di dalam bahasa inggeris yang bermaksud sederhana ialah : simple plain modest ordinary unsophisticated inelaborate down-to-earth Konotasi 'sederhana' yang bermaksud biasa-biasa atau mediocre semakin buat saya gelisah. MEDIOCRE ?! Saya tak setuju sederhana dalam hidup bermaksud mediocre . Saya google pula surah-surah yang merujuk pada kesederhanaan dalam hidup. 2 surah ini menarik perhatian: Firman Allah SWT dalam Surah Al–Israa’ Ayat 26–27 yang bermaksud: “...dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros yang melampau–lampau. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur (ingkar) kepada Tuhannya”. Surah Al–A’raf Ayat 31 yang bermaksud “...dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan or

HIJAU

Imej
Tinggal di Malaysia, warna hijau itu melata dan merata-rata. Ada pada rumput, flora, serangga, gunung-ganang malah kuih-muih juga ada yang bewarna hijau.  Hidup dikelilingi kehijauan bukan bermakna kehidupan hijau itu diangkat. Saya mengaku, saya antara insan yang selalu lupa untuk bertindak bijak menjaga alam sekitar.  Hanya setahun dua ini kami sekeluarga mula mengasing-asingkan sampah. Di dapur ada plastik sampah untuk barangan kering seperti plastik, tin, kertas dan kaca. Ada satu lagi plastik untuk sampah organik (mudah urai). Memandangkan kami jaga 2 orang anak kecil yang memakai lampin pakai buang, itu juga kami asingkan dalam plastik berbeza. Kami harap usaha kecil itu memudahkan orang yang bertugas di pusat pelupusan sampah. Tahun ini, kami sekeluarga mula menyisih dan menyah baju-baju lama temasuk barangan yang tak dipakai kepada syarikat kitar semula. Sehingga Jun 2019, sudah 3 kali kami menggunakan syarikat kitar semula. Kami hanya kumpulkan setempat barangan y

MALAM

Imej
Banyak kenangan waktu malam yang saya suka. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Sama ada mahu menulis mengenai  bintang-bintang di langit Queenstown, NZ, berkerlipan seperti mentol-mentol kecil yang dipasang semasa musim perayaan.  Atau, menulis melihat Super Moon berlabuh di kaki langit Pulau Redang, sedang jejari kaki menguit pasir-pasir lembab,  sedang si mamat R menabur ayat-ayat manis, kala mata hanya terpesona melihat cantiknya alam.  Saya memilih untuk menulis mengenai momen-momen malam pada tahun 1988. Ketika itu,  Mak Abah baru memulakan syarikat penerbitan majalah dengan majalah pertama kami iaitu majalah IBU.  Menerbitkan majalah bulanan, deadline sangat ketat. Perlu siapkan bahan untuk 3 keluaran ke hadapan. Kami hanya ada seorang jurutaip, Mak sebagai wartawan dan seorang type setter. Zaman itu tiada komputer grafik, yang ada ialah tugas-tugas typesetting. Setiap perkataan, perenggan, tajuk dan gambar harus disusun dan ditampal di atas dummy. Awalnya, ofis

LAUT

Imej
Saya suka laut. Walaupun tak pandai berenang, asalkan boleh terapung, laut menjadi pilihan bercuti. Namun, ada satu  pengalaman di laut yang tak boleh dilupakan.  Tahun 2004, selain memiliki syarikat penerbitan majalah, Mak dan Abah juga menjual pakej pelancongan dengan cara bekerjasama dengan beberapa agensi pelancongan. Pada bulan Disember 2004 ada pakej menaiki Star Cruise Virgo selama 4 hari 3 malam. Mak dapat tempahan daripada sekumpulan guru-guru pesara untuk ikut serta.  Pagi itu, kami berempat, Mak, Abah, saya dan adik bongsu ke Pelabuhan Klang. Saya teruja... tak dapat bayangkan bagaimana rupa kapal pelancongan itu. Memasuki parkir Pelabuhan Klang, di hadapan kami gah sebuah kapal berwarna putih dengan tingkap-tingkap kecil tersusun seolah-olah bangunan flat yang melebar.  Ketika keluar dari kereta, melihat kapal yang tersergam, saya membayangkan diri seperti Rose di dalam filem Titanic. Mungkinkah Mimi akan bertemu Jack? Siapakah gerangannya si Jack? Saya mula be

COKLAT

Imej
Ini kisah penangan coklat dalam memikat. Tetapi dalam cerita ini ia bukan sekadar coklat tetapi lebih hebat, kek keju coklat. Bukan satu biji kek, tetapi dua biji. Satu lagi ialah kek keju strawberi.  Ini bukan kisah cinta saya cuma saya terlibat dalam proses itu. Ini kisah Numan. Kawan baik saya di Amerika seorang mamat Pakistan, bapanya doktor dan keluarganya sudah menetap lama di Amerika. Numan bertubuh sedang, tinggi hampir 6 kaki, berambut lebat hitam dengan bebola mata yang... aduhaiii seperti karamel cair dipagari bulu mata lentik. Pertama kali kami bertemu saya lihat dia biasa-biasa sahaja. Lama-kelamaan, dia semakin kacak. Mungkin kehidupan kampus dan dia mula pandai 'groom' menyumbang pada perubahan itu. Sekali pandang, wajahnya ada iras pelakon Bollywood Amir Khan dan Akshay Kumar. Di Illinois State Universiti tiada pelajar Melayu Malaysia. Practising muslims juga tak ramai. Ada yang pada nama sahaja berbunyi Muslim.  Saya dan beberapa muslim yang lain selalu le

MENCATAT DI BLOG

Imej
Semalam, siap blog. Tadaaa.... Ini menyahut seruan Nor Saa'adah Ahmad, rakan penulis untuk kami membina blog sekaligus cabaran menulis '31 prompt words' sempena Julai.  Walaupun cabaran ini sekadar penulisan santai, ini usaha yang bagus. Ia membentuk jaringan sesama rakan sehati, sejiwa dan sekepala.  Secara peribadi, saya masih tak pasti ke mana arah blog ini. Ini adalah blog ke-4 yang saya bina. 3 yang lain boleh klik lihat di capaian berikut.  Bujang OK - ini catatan si bujang (yours truely) kepada orang bujang merujuk pada siri Bujang OK ( www.bujangok4u.blogspot.com ) Aku Jenin - ini ringkasan aktiviti kanak-kanak yang saya anjurkan semenjak tahun 2017. Ada bengkel Young Jenin Writer dan buku-buku ( www.akujenin.blogspot.com ) Usahawan Sukses - ini majalah yang saya kendalikan selama 10 tahun. Tak ingat apa nama blog tu, tapi boleh lihat wikipedia ( https://ms.wikipedia.org/wiki/Majalah_Usahawan_Sukses ) Mungkin, saya akan tulis di blo

VLOG

Imej
Malu nak beritahu, vlog pertama saya beberapa tahun yang lalu adalah cara pakai tudung. Hahaha... serius. Tudung yang saya pakai hanya guna 2 peniti. Tidak perlu guna anak tudung dan ambil masa kurang 1 minit untuk pakai. Terus-terang, saya sebenarnya naik segan apabila orang asyik tanya cara saya pakai tudung. Tetapi, nampaknya itu dah menjadi sebahagian identiti 'Mimi Salleh'. Maka, terciptalah video berdurasi kurang 3 minit itu. P/s : Vlog saya seterusnya saya buat khusus untuk aktiviti berkaitan buku kanak-kanak dan bengkel Young Jenin Writer. Itu boleh cari di youtube : Mimi Salleh Official

BUKU

Imej
Mak Abah tak pernah suruh kami baca buku, waima buku pelajaran sekalipun. Tapi budaya yang melibatkan buku itu yang diterapkan. Dulu, setiap kali Mak Abah ke konferens kewartawanan di Indonesia balik dengan 2 beg besar penuh dengan buku. Semasa saya belajar di Amerika, tanya Mak nak saya beli apa-apa ke. Mak suruh beli buku dan langgan majalah bulanan. Tamat belajar, saya habiskan USD700 untuk bawa balik berkotak-kotak buku dan majalah dengan kontena ke Malaysia. FYI, kami adik-beradik guna buku bukan untuk membaca sahaja. Kami jadikan buku sebagai 'lautan' untuk kami berenang. Teraburkan buku di lantai kemudian kuak tangan seperti berenang. Atau, jadikan buku sebagai 'bukit landai penuh salji', kemudian kami berangan-angan 'ski' seperti atlit olimpik musim salji. Jika buku digabungkan dengan kusyen, maka jadi seperti kubu untuk kami bermainperang-perang. Mak Abah tak pernah larang atau secara spesifik suruh kami baca buku tertentu. Suka hati kami. K

MATAHARI

Imej
Semasa kecil, saya melihat matahari sebagai lampu yang menjadikan siang itu terang dan cahayanya menjadi zat makanan untuk alam. Itulah paradigma yang terlekat sehinggalah... saya sambung belajar ke luar negara. Ada 4 kisah... 1. Eh, kenapa masih pada hari yang sama? Saya membaca dan menonton filem klasik, 'Around the world in 80 days' mengenai 'untung satu hari'. Tetapi, saya selalu beranggapan itu di dalam filem. Namun, selepas menaiki kapal terbang pada waktu malam dari KL ke Illinois, Amerika selama 22 jam dan melihat matahari timbul dan terbenam, tetapi masih tiba di Illinois pada tarikh yang sama seperti tarikh bertolak dari Malaysia, saya benar-benar takjub. Saya teringin nak lihat Alaska... 6 bulan matahari tak terbenam. 2. Spring forward, fall back Hahaha... ini kenangan memalukan. Ini kisah keyakinan tahap 'mohor raja-raja memaklumkan tarikh Ramadan'. Pagi musim bunga itu, pukul 8 pagi saya ada kelas Entrepreneur. Dah bersiap awal. Barin

MELANCONG

Apabila membaca definisi melancong itu bersenang-senang dan melihat-lihat, termenung sekejap. Ya ke, bersenang-senang? Rasanya, perlu turun naik kapal terbang/bus/kapal, beratur di imegresen, angkut/pikul baju ke hulu, ke hilir. Jika definisi melancong itu bersenang-senang, baik 'melancong' di rumah sahaja. Baring di katil tonton neflix. Ya ke, melihat-lihat? Teringin nak cuba makanan di Morocco, beli. Nampak baju di Itali, beli. Teringat Mak di Sydney, beli ole-ole. Nampak fridge magnet, beli. Tiada istilah lihat-lihat je apabila melancong. Bagi saya skop definisi melancong itu luas. Mestilah. Jika ia sesempit definisi 'bersenang-senang dan melihat-lihat' mana mungkin kawan-kawan saya Norsa'adah Ahmad, Noor Hayati Yasmin, Normi Nas, Rohaniah Noor, Puan Nisah Haron, Azzah Abdul Rahman berjaya mencatat pandang rasa yang sangat ohsem di dalam buku travelog masing-masing. Ini belum lagi cerita mengenai adik lelaki saya, 2 tahun 'melancong' tanpa tiket balik.

MIMPI

Ada sekadar mainan tidur bilamana litar neuron bergerak aktif semasa REM (Rapid Eye Movement). Tetapi ada mimpi yang membawa ramalan dan ilham. Mimpi yang terkenal adalah mimpi Nabi Yusof, melihat bintang-bintang sujud dan mimpi di dalam penjara. Ibrah daripada mimpi Nabi Yusof, 7 tahun musim subur 7 tahun kemarau, saya sangat suka. Pernah terbaca (tak ingat di mana) seorang penulis menggunakan mimpi untuk mendapatkan idea/ilham penulisan yang segar. Dia meletakkan buku nota di meja sisi katil. Terjaga dari mimpi terus dicatat apa yang dia masih ingat. Saya pernah mengalami mimpi-mimpi yang mana seorang rakan beritahu, jika mimpi hal-hal seperti itu, akan berlaku sebaliknya (atau, tak akan berlaku): + mimpi Mak meninggal. Saya terbangun menangis tersedu-sedu. Sedih yang amat. + mimpi anak perempuan seiras wajah saya, berusia 2 tahun, saiz badannya kecil, kulit hitam manis dengan rambut paras bahu yang lebat beralun. + mimpi berpakaian serba putih, berseri-seri, duduk malu

HUJAN

Saya suka bau sebelum dan selepas hujan. Sepertimana bau kopi mengembalikan nostalgia, bagi saya bau hujan membawa hati ke momen tertentu. Teringat terlompat-lompat di kala hujan, di akhir musim luruh di Normal Illinois, mengelak cacing-cacing godzila yang keluar menguit-nguit di kaki lima. Terbayang bintik-bintik air hujan yang mengalir seperti domino di cermin tingkap perpustakaan di ITM Arau. Terkenang, mendoakan hujan pada bulan Januari 2019 .... ... saat itu, setiap hari awan merintih merindu gerimis.

SURAT

Zaman dulu-dulu, surat jadi pengganti diri. Ayat perlu disusun, disaring dan disulam menjadi bait-bait yang indah. Diceritakan oleh Mak, oleh sebab tulisan Abah cantik maka ramailah yang minta Abah tuliskan surat cinta. Saya membayangkan beberapa pemuda Johor berkain pelikat duduk bersila mengelilingi pemuda berkulit sawo matang berhidung bentuk bawang, yang sedang tekun menulis. Ada seorang daripada ramai itu sedang menatap gambar seorang gadis berambut paras bahu, dengan senyuman mengulum, dengan wajah seperti menghidu haruman syurga. Pastinya ramai kawan Abah bertemu jodoh dek surat cinta itu. P/s 1 : saya pernah terima surat daripada 3 orang lelaki. Shamsudin, kawan adik yang ingin berkenalan. Megat, kawan baru yang ditemui di Chicago O'Hare Airport dan Shafian, pemuda yang menawarkan salam dan kemudian menariknya semula selepas setahun dengan alasan, "baru kerja, tak mahu banyak komitmen." Kisah perkenalan dengan Megat dan Shafian ada diselitkan di dalam buku '

NAMA

Kenapa saya guna nama Jenin sebagai jenama? Semua berlaku secara tidak sengaja tetapi dirancang. Pada April 2016, semasa bengkel penulisan Sai-Fi, saya bisikkan kepada seorang rakan, "Kak, saya nak tulis novel sai-fi mengenai Mat Jenin. Novel bersiri." Gila. Tak pernah menulis fiksyen, tetapi berangan-angan nak tulis sai-fi. Bukan sebuah, tetapi bersiri. Mimi ni ... kail panjang sejengkal tetapi lautan Atlantik nak diduga. Manuskrip #MatJeninSoljarSavant (MJSS) siap pada September 2016. Oktober itu saya hadir bengkel buku bergambar kanak-kanak anjuran Gapena. 2 minggu selepas itu siap 5 buah buku dummy yang saya namakan siri #jeninjunior. November, aktiviti #duniaimaginasijenin dianjurkan dengan kerjasama pusat tuisyen yang ohsem. Syok sendiri. Itu cemuh beberapa orang apabila buku MJSS diterbitkan pada Jan 2017 dan saya mula mempromosikan nama #akujenin di FB dan di whatsapp grup. Itu kejutan budaya pertama selepas menulis hampir 20 tahun. Beberapa

DOA

Ironik bagaimana rezeki dilimpah ... yang didoakan belum dapat-dapat, yang tak terfikir tetiba diberikan. Semenjak tahu berdoa, saya mohon : + diberikan suami untuk berkasih sayang + dikurniakan keluarga mertua yang menyayangi + dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah + ilmu yang berkat Saya tak pernah doa/terfikir untuk : + sambung belajar ke luar negara + terpilih sebagai Resident Assistant (lebih 200 orang calon Amerika) + mengerjakan umrah + ada buku + ada ramai kanak-kanak untuk saya kongsi ilmu dan nilai Jika difikir-fikirkan... semua 'essense' yang saya doa/mohon Dia dah kabulkan (kasih sayang, rezeki, keberkatan ilmu). Cuma bukan dalam bentuk yang saya harapkan. P/s : tak pernah doa untuk sakit (berpenyakit). Dia beri, saya reda.