MENCATAT DI BLOG
Semalam, siap blog. Tadaaa....
Ini menyahut seruan Nor Saa'adah Ahmad, rakan penulis untuk kami membina blog sekaligus cabaran menulis '31 prompt words' sempena Julai.
Walaupun cabaran ini sekadar penulisan santai, ini usaha yang bagus. Ia membentuk jaringan sesama rakan sehati, sejiwa dan sekepala.
Secara peribadi, saya masih tak pasti ke mana arah blog ini. Ini adalah blog ke-4 yang saya bina. 3 yang lain boleh klik lihat di capaian berikut.
- Bujang OK - ini catatan si bujang (yours truely) kepada orang bujang merujuk pada siri Bujang OK (www.bujangok4u.blogspot.com)
- Aku Jenin - ini ringkasan aktiviti kanak-kanak yang saya anjurkan semenjak tahun 2017. Ada bengkel Young Jenin Writer dan buku-buku (www.akujenin.blogspot.com)
- Usahawan Sukses - ini majalah yang saya kendalikan selama 10 tahun. Tak ingat apa nama blog tu, tapi boleh lihat wikipedia (https://ms.wikipedia.org/wiki/Majalah_Usahawan_Sukses)
Mungkin, saya akan tulis di blog ini sahaja dan kongsi sebar ke platform media sosial yang lain (FB, Twitter, IG).
Mungkin, saya hanya tulis untuk selesaikan cabaran tulis di blog selama 31 hari di bulan Julai.
Mungkin juga blog menjadi escapism kepada saya. Dan, setiap hari menulis tanpa henti.
Entah. Segala kemungkinan boleh saya angan-angankan.
Yang penting, mula sedikit demi sedikit. Kemaskini blog akan dibuat dari semasa ke semasa.
Di sini, saya cuba berlaku jujur. Sukar untuk seseorang seperti saya yang membesar di dalam dunia kewartawanan, yang dididik untuk memilih kewajaran berbanding ketaksuban, yang dipesan untuk sentiasa berfikir timbang-tara kesan akibat, untuk benar-benar jujur memberi pendapat peribadi.
Malah, berbicara soal cinta, kerjaya dan harapan juga seringkali saya pilih yang wajar. Ermmm... itu di lain blog kita cerita.
Ulasan
Catat Ulasan