5 FILEM MENGENAI BUKU YANG MESTI DITONTON

Menulis di blog memerlukan istiqamah. Terima kasih kepada rakan penulis Nor Sa'adah Ahmad yang memulakan cabaran penulisan blog bulan Julai. Walaupun saya gagal mencapai sasaran 31 catatan, sekurang-kurangnya ia satu permulaan (17 catatan adalah kejayaan kecil yang saya rai). Memulakan langkah di bulan Ogos, saya memulakan cabaran penulisan seterusnya dengan berkongsi filem kegemaran (hahaha... what have I get myself into). Ini saya senaraikan 5 filem yang digemari berkaitan buku: Miss Potter Ia dilakonkan oleh Renee Zellweger berdasarkan kisah hidup Beatrix Potter, penulis buku kanak-kanak The Tale of Peter Rabbit. Beatrix meninggal dunia pada tahun 1943 dan telah mewasiatkan keseluruhan tanahnya kepada Tabung Amanah dan sehingga kini bukunya masih dicetak dan dibaca oleh kanak-kanak di seluruh dunia. Finding Forrester Ia mengisahkan perkenalan seorang pemuda (Rob Brown) dengan William Forrester, novelis terkenal (lakonan Sean Connery). Sesiapa yang nak me...