5 FILEM MENGENAI BUKU YANG MESTI DITONTON

Menulis di blog memerlukan istiqamah. Terima kasih kepada rakan penulis Nor Sa'adah Ahmad yang memulakan cabaran penulisan blog bulan Julai. Walaupun saya gagal mencapai sasaran 31 catatan, sekurang-kurangnya ia satu permulaan (17 catatan adalah kejayaan kecil yang saya rai).

Memulakan langkah di bulan Ogos, saya memulakan cabaran penulisan seterusnya dengan berkongsi filem kegemaran (hahaha... what have I get myself into). 

Ini saya senaraikan 5 filem yang digemari berkaitan buku:


Miss Potter

Ia dilakonkan oleh Renee Zellweger berdasarkan kisah hidup Beatrix Potter, penulis buku kanak-kanak The Tale of Peter Rabbit.

Beatrix meninggal dunia pada tahun 1943 dan telah mewasiatkan keseluruhan tanahnya kepada Tabung Amanah dan sehingga kini bukunya masih dicetak dan dibaca oleh kanak-kanak di seluruh dunia.


Finding Forrester

Ia mengisahkan perkenalan seorang pemuda (Rob Brown) dengan William Forrester, novelis terkenal (lakonan Sean Connery). Sesiapa yang nak menjadi penulis, filem ini harus ditonton. Banyak kata-kata mutiara yang dikongsi.

You must write your first draft with your heart. You rewrite with your head
~ William Forrester



You've Got Mail

Mungkin kerana realitinya saya adalah penerbit kecil-kecilan yang ditelan oleh keganasan ekonomi dan syarikat penerbitan gergasi, filem ini sangat dekat di hati saya. Momen bilamana Kathleen Kelly (lakonan Meg Ryan) menarik dan menutup pintu kedai bukunya buat kali terakhir, ahhh... perasaan itu saya sangat faham.


Shawshank Redemption

Ya filem ini mengenai kehidupan seorang banduan yang dituduh membunuh isterinya. Apa kaitan dengan buku? Andy Dufresne (lakonan Tim Robbins) mewujudkan budaya ilmu dengan membina sebuah perpustakaan di dalam penjara. Filem ini ada kisah persahabatan, ketirisan pegawai penjara, adiwira ... memang best.


The Jane Austen Book Club

Filem ini mengisahkan beberapa orang sahabat yang mempunyai minat membaca dan memilih untuk membaca sebuah buku Jane Austen setiap bulan dan membincangkannya. Secara kebetulan watak dan plot novel Jane Austen serba sedikit sama dengan kehidupan mereka. 



Nota akhir:
  • The Last Castle mungkin filem bukan tentera yang ada tentera yang saya suka
  • Saya juga suka filem-filem saga berkonsepkan 'hero's journey' seperti LOTR, Harry Potter, Avengers dan The Matrix. 
  • Dua filem sai-fi yang saya boleh tonton berulang kali adalah filem Interstellar lakonan Matthew McConaughey dan filem Bicentennial Man lakonan Robin William. 
  • Malu nak mengaku... saya mungkin menonton lebih banyak filem adaptasi novel Nicholas Spark dan Cecilia Adhern daripada membaca novel mereka. 

Ulasan

  1. Saya pun suka tgk filem adaptasi nicholas spark. Antara yg saya suka The Longest Ride

    BalasPadam

Catat Ulasan

MENARIK

KASIH SAYANG TANPA SYARAT

DIAN, PELUKIS TERMUDA DI MALAYSIA

GARA-GARA PKP SATU KELUARGA MAKAN TELUR SOLAR