5 CARA UNTUK SELAMAT DI ALAM MAYA

Evolusi enjin carian berkembang seiring dengan perkembangan teknologi digital. Sehingga kini, Google masih enjin carian paling popular berbanding Yahoo, Bing dan beberapa enjin carian yang lain. Malah, hari ini juga, kita boleh mencari apa sahaja. Mencari artikel, jurnal akademik, gambar, video... apa sahaja yang terlintas di fikiran, jari-jemari hanya perlu ketik perkataan kekunci (keyword). Misalnya, nak mencari siapa Mimi Salleh. Taip Mimi Salleh dan tekan 'enter'. Jika mahu lebih spesifik boleh taip 'Mimi Salleh Bujang OK' atau Mimi Salleh Jenin'. Akan keluar senarai yang berkaitan carian tersebut. Sekarang kita juga boleh minta 'Google' cari lokasi melalui Google Map dan Google Location. Misalnya mahu mencari lokasi bengkel Young Jenin Writer di Taman Sri Gombak. Hanya taip alamat dan tekan 'enter'. Setiap jalan, lorong dan ceruk boleh dicari. Malah lokasi tersebut boleh dilihat secara 360 darjah (pusing sekeliling). Di dunia digital ...