DIAN, PELUKIS TERMUDA DI MALAYSIA


Dian Auliya Mohd Izani atau mesra dipanggil Dian, keletahnya lucu. Suka ketawa dan membuat aksi yang pasti membuat orang lain ketawa. Setiap pagi, Ira (adik bongsu saya) akan hantar Dian. Dari dalam kereta Dian akan lambai-lambai apabila nampak Mak Long (saya lah tu). 
Saya di rumah, memang ada pensil warna, kapur dan berus. Dian selalu singgah ke bilik kerja saya (bilik berhadapan dengan bilik tidur utama, ruang untuk Dian dan Sofea). Apabila diberikan kertas, Dian akan menconteng. Buku-buku dia tak conteng, hanya suka flip laju-laju. Ini berbeza dengan Sofea yang lebih lasak dan suka menyusun barang. Mungkin darah yang mengalir dan budaya melukis dari mummy Dian. 

Mummy Dian adalah adik bongsu saya. Ira atau Laila Salleh, nama yang kawan-kawannya panggil memang suka melukis. Mungkin Ira membesar melihat Abah dan Ajin, adik lelaki saya sering membuat lakaran (sketching) dan melukis. Ira pernah masuk pertandingan dan pameran. Cuma masa tidak mengizinkan, dia tidak dapat nak fokus melukis. 

Baru-baru ini, Ira cuba-cuba berikan akrilik dan berus kepada Dian. Melihat video Dian mencampur air dan akrilik kemudian mencalit ke atas kertas, seolah-olah Dian dah biasa pegang berus. Tadi Ira tunjuk lukisan-lukisan Dian yang sudah dibingkaikan. Wah, cantikkk. 

Mana tahu, bakat melukis menjadi kerjaya. Doakan Dian ye. 

p/s : Umur Dian sekarang 1 tahun 7 bulan. Feb 2020, usia Dian 2 tahun. 


"Ini lukisan saya."
Dian suka singgah bilik kerja Mak Long.
Tahun 2020, Dian 2 tahun




Ulasan

MENARIK

GARA-GARA PKP SATU KELUARGA MAKAN TELUR SOLAR

LAUT