COKLAT

Ini kisah penangan coklat dalam memikat. Tetapi dalam cerita ini ia bukan sekadar coklat tetapi lebih hebat, kek keju coklat. Bukan satu biji kek, tetapi dua biji. Satu lagi ialah kek keju strawberi. Ini bukan kisah cinta saya cuma saya terlibat dalam proses itu. Ini kisah Numan. Kawan baik saya di Amerika seorang mamat Pakistan, bapanya doktor dan keluarganya sudah menetap lama di Amerika. Numan bertubuh sedang, tinggi hampir 6 kaki, berambut lebat hitam dengan bebola mata yang... aduhaiii seperti karamel cair dipagari bulu mata lentik. Pertama kali kami bertemu saya lihat dia biasa-biasa sahaja. Lama-kelamaan, dia semakin kacak. Mungkin kehidupan kampus dan dia mula pandai 'groom' menyumbang pada perubahan itu. Sekali pandang, wajahnya ada iras pelakon Bollywood Amir Khan dan Akshay Kumar. Di Illinois State Universiti tiada pelajar Melayu Malaysia. Practising muslims juga tak ramai. Ada yang pada nama sahaja berbunyi Muslim. Saya dan beberapa muslim yang lain selalu l...