GARA-GARA PKP SATU KELUARGA MAKAN TELUR SOLAR
"Ya Allah!" Surya terkocoh-kocoh. Dia mencari sesuatu dari dalam beg. "Cari apa?" Tanya saya. "Kunci kereta. Lupa... lupa sungguh," keluh Surya buat saya bertambah hairan. "Lupa apa?" "Telur. Satu papan telur tertinggal dalam kereta. Dah 2 hari." Aduhai. Saya cepat-cepat lari turun tangga. Janganlah busuk, janganlah busuk telur tu. Surya ke pasar hari Jumaat. Hari ini dah hari Ahad. Kemungkinan besar telur-telur itu dah busuk, detik hati. Saya nampak sepapan telur masih dalam plastik di kerusi belakang. Apabila diangkat, panasss. Panas sungguh ni. Masuk ke rumah, kami ambil sebiji telur. Panas kulitnya seperti baru diangkat dari air mendidih. Surya cuba pecahkan ke dalam mangkuk. Eh, tak boleh. Kulit yang terkopek menampakkan isi telur yang putih. Dah jadi telur rebus! Tak percaya, kami cuba secara rawak pecahkan beberapa telur yang lain dari papan yang sama. Ada yang keras, ada yang tiga suku masak. Alhamdulillah. ...
Ulasan
Catat Ulasan