5 CARA UNTUK SELAMAT DI ALAM MAYA

Evolusi enjin carian berkembang seiring dengan perkembangan teknologi digital. Sehingga kini, Google masih enjin carian paling popular berbanding Yahoo, Bing dan beberapa enjin carian yang lain. Malah, hari ini juga, kita boleh mencari apa sahaja. 

Mencari artikel, jurnal akademik, gambar, video... apa sahaja yang terlintas di fikiran, jari-jemari hanya perlu ketik perkataan kekunci (keyword). Misalnya, nak mencari siapa Mimi Salleh. Taip Mimi Salleh dan tekan 'enter'. Jika mahu lebih spesifik boleh taip 'Mimi Salleh Bujang OK' atau Mimi Salleh Jenin'. Akan keluar senarai yang berkaitan carian tersebut. 

Sekarang kita juga boleh minta 'Google' cari lokasi melalui Google Map dan Google Location. Misalnya mahu mencari lokasi bengkel Young Jenin Writer di Taman Sri Gombak. Hanya taip alamat dan tekan 'enter'. Setiap jalan, lorong dan ceruk boleh dicari. Malah lokasi tersebut boleh dilihat secara 360 darjah (pusing sekeliling).

Di dunia digital ini, masig-masing berlumba-lumba untuk berada dalam 10 carian teratas Search Engine Optomization atau SEO. Soalannya, adakah enjin carian seperti Google ini selamat?

Setiap 'tools' seperti pen kepada penulis, pisau kepada tukang masak dan berus kepada pelukis adalah selamat selagi ia berada di tangan orang yang mahu memberi manfaat. Sebaliknya, jika 'tools' itu jatuh di tangan mereka yang mahu membinasakan maka punahlah ia. Enjin carian jika digunakan oleh scammer, pengganas dan mereka yang berniat jahat, akan menjadi sangat bahaya. Apatah lagi jika ia melibatkan kanak-kanak dan remaja di bawah umur.

Apakah cara untuk memastikan kita selamat berada di alam maya?

1. Elak Dedah Info Peribadi

Kita perlu bijak menentukan yang mana peribadi dan yang mana boleh dikongsi di alam maya. Ketahuilah bahawa hari ini, data digital seperti alamat, nombor telefon dan emel malah trend membeli kita sudah menjadi komoditi yang dijual beli oleh pihak ketiga.

2. Perlu Ada Secubit Curiga

Tidak semua orang yang kita temui di alam maya itu orang baik-baik. Gambar boleh di'photoshop'. Biodata boeh direka. Ambil masa untuk berkenalan.

3. Buat 'Due Dilligence'

Ini adalah proses menyiasat. Ya, 'due dilligent' (atau uji tuntas, perkataan yang saya baru tahu) merupakan aspek penting dalam menilai tahap kebolehpercayaan. Kita juga boleh buat carian Google (imej, teks, lokasi dan nama).

4. Pantau Anak

INGATAN kepada semua ibu bapa dan orang dewasa. Elak mengambil gambar anak-anak sedang mandi, berpakaian seperti orang dewasa atau memberitahu khalayak akan rutin anak. Setiap gambar tersebut boleh disalahguna oleh mereka yang tak bertanggungjawab. Awasi apa yang ditulis agar tidak membahayakan anak-anak kita.

5. Fahami Kesan Akibat

Setiap tindakan ada kesan yang sama atau sebaliknya (for every actions there are equal and opposite reactions). Menulis status di facebook bukanlah seperti duduk bersembang dengan kawan-kawan di kedai kopi. Tetapi lebih pada kita menjadi 'pelakon di dalam realiti TV'. Satu status di FB, banyak mata memandang, banyak akal yang bercambah (termasuk akal yang keji).


Kita mahu dunia fana ini menjadi tempat kita mengumpul amalan, pengalaman dan kenangan. Semoga alam baqa yang kita tuju kelak adalah refleksi pada tindakan kita di alam fana dan maya.



carian 'Mimi Salleh'


Carian lokasi bengkel Young Jenin Writer

Bercadang nak buat video 360 darjah suasana di dalam bilik bengkel tetapi difikirkan dulu

Ulasan

MENARIK

GARA-GARA PKP SATU KELUARGA MAKAN TELUR SOLAR

DIAN, PELUKIS TERMUDA DI MALAYSIA

LAUT