NASI

Nasi sangat 'predictable'... beras jika campur santan, jadi nasi lemak. Jika campur tomato puri dan susu, jadi nasi tomato. Jika tumis dan campur daging jadi nasi daging. Jika dilebihkan air menjadi moi atau bubur. Nasi menepati citarasa tempatan dan global kerana resepi nasi boleh diinovasi rasa dengan apa sahaja bahan.

Namun, paling saya tertarik mengenai nasi adalah teknik yang menjadikan ia istimewa. 

Misalnya, saya kagum melihat nasi yang dimasak oleh ibu kawan saya, Leila. Nasi ditelungkup ke dalam pinggan lebar. Kelihatan kerak berwarna kecoklatan terbentuk mengikut bentuk periuk. Itulah pertama kali saya melihat kerak nasi menjadi 'delicacy' dan kerak itu disengajakan. Hahaha... serius saya tergelak apabila Leila memberitahu ada teknik tertentu untuk membuat kerak. 

Saya beritahu Leila, "Jika di Malaysia, anak dara yang masak nasi berkerak belum boleh kahwin." 

Ibunya warganegara Amerika yang berkahwin dengan orang Iran. Menurut ibu Leila, "Setiap makanan, mata yang merasai terlebih dahulu."

Cara memasak nasi briani gam Johor juga saya kagum. 

Saya lihat proses memasak nasi briani gam semasa kenduri kahwin adik lelaki saya. Bahan-bahan yang digunakan seperti badam, gajus, bawang merah, bawang putih dan cili hijau perlu digoreng terlebih dahulu. Tukang masak yang dibawa dari Muar, Johor goreng ayam (sekadar masak isi luar sahaja) diketepikan sebelum masak kuah briani dengan menggunakan semua bahan kering yang digoreng tadi (badam dan gajus dikisar). Madu juga dimasukkan seterusnya ayam yang telah digoreng tadi.

Proses seterusnya saya ingat-ingat lupa tetapi ia melibatkan kain muslim yang dibentangkan di atas nasi. Kain muslim itu menutupi atas periuk. Dicurah ayam briani di atas kain muslim tersebut. Di dalam bekas, tepung digaul dengan sedikit air menjadi seperti 'dough' yang kemudiannya di bentuk seperti sosej panjang dan dilekatkan sekeliling mulut periuk. Akhir sekali, periuk ditutup. Tepung menjadi seperti gam yang mencantumkan periuk dan tutup periuk. 

Fuhhh... ohsem.

Nasi sebegini saya teruja untuk makan. Ia bukan sekadar nasi, tetapi melibatkan proses yang memerlukan ketelitian dan teknik yang diwarisi. Ia adalah seni kulinari. 

Mungkin ini antara faktor saya suka ketupat. Ada nostalgia warisan dan seni. 

p/s : Jika ada sesiapa nak ajak saya makan nasi yang ohsem pembuatannya, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. 



Ulasan

MENARIK

GARA-GARA PKP SATU KELUARGA MAKAN TELUR SOLAR

DIAN, PELUKIS TERMUDA DI MALAYSIA

LAUT