HIJAU
Tinggal di Malaysia, warna hijau itu melata dan merata-rata. Ada pada rumput, flora, serangga, gunung-ganang malah kuih-muih juga ada yang bewarna hijau.
Hidup dikelilingi kehijauan bukan bermakna kehidupan hijau itu diangkat. Saya mengaku, saya antara insan yang selalu lupa untuk bertindak bijak menjaga alam sekitar.
Hanya setahun dua ini kami sekeluarga mula mengasing-asingkan sampah. Di dapur ada plastik sampah untuk barangan kering seperti plastik, tin, kertas dan kaca. Ada satu lagi plastik untuk sampah organik (mudah urai). Memandangkan kami jaga 2 orang anak kecil yang memakai lampin pakai buang, itu juga kami asingkan dalam plastik berbeza. Kami harap usaha kecil itu memudahkan orang yang bertugas di pusat pelupusan sampah.
Tahun ini, kami sekeluarga mula menyisih dan menyah baju-baju lama temasuk barangan yang tak dipakai kepada syarikat kitar semula. Sehingga Jun 2019, sudah 3 kali kami menggunakan syarikat kitar semula. Kami hanya kumpulkan setempat barangan yang ingin dibuang. Mereka datang, beri borang untuk kami tandatangan dan mereka akan angkat semua barangan dengan pantas.
Jika difikirkan, lebih baik menyerahkan tugas kitar semula kepada mereka yang profesional. Mana-mana barangan yang masih elok diberikan kepada yang memerlukan, yang rosak mereka hantar ke tempat pelupusan. Kami sedar apa sahaja duit yang diperolehi hasil pelupusan barangan tersebut akan memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.
Pusingan kitar semula ini adalah kitaran yang memberi impak bukan sahaja kepada alam sekitar, malah ia turut memberi manfaat kepada golongan masyarakat yang kurang berkemampuan.
Kita hanya ada satu planet untuk diduduki dalam hanyat ini. Mari kita menjaganya bersama-sama.
Para pekerja syarikat kitar semula datang ambil barangan di rumah |
Kumpulkan setempat semua barangan untuk mudah diangkat |
Ulasan
Catat Ulasan