SURAT

Zaman dulu-dulu, surat jadi pengganti diri. Ayat perlu disusun, disaring dan disulam menjadi bait-bait yang indah.

Diceritakan oleh Mak, oleh sebab tulisan Abah cantik maka ramailah yang minta Abah tuliskan surat cinta.

Saya membayangkan beberapa pemuda Johor berkain pelikat duduk bersila mengelilingi pemuda berkulit sawo matang berhidung bentuk bawang, yang sedang tekun menulis. Ada seorang daripada ramai itu sedang menatap gambar seorang gadis berambut paras bahu, dengan senyuman mengulum, dengan wajah seperti menghidu haruman syurga.

Pastinya ramai kawan Abah bertemu jodoh dek surat cinta itu.

P/s 1 : saya pernah terima surat daripada 3 orang lelaki. Shamsudin, kawan adik yang ingin berkenalan. Megat, kawan baru yang ditemui di Chicago O'Hare Airport dan Shafian, pemuda yang menawarkan salam dan kemudian menariknya semula selepas setahun dengan alasan, "baru kerja, tak mahu banyak komitmen." Kisah perkenalan dengan Megat dan Shafian ada diselitkan di dalam buku 'Alien di Normal'.

P/s 2 : Norsa'adah Ahmad cabaran perkataan hari ini = surat

Ulasan

MENARIK

GARA-GARA PKP SATU KELUARGA MAKAN TELUR SOLAR

DIAN, PELUKIS TERMUDA DI MALAYSIA

LAUT