MELANCONG
Apabila membaca definisi melancong itu bersenang-senang dan melihat-lihat, termenung sekejap.
Ya ke, bersenang-senang? Rasanya, perlu turun naik kapal terbang/bus/kapal, beratur di imegresen, angkut/pikul baju ke hulu, ke hilir. Jika definisi melancong itu bersenang-senang, baik 'melancong' di rumah sahaja. Baring di katil tonton neflix.
Ya ke, melihat-lihat? Teringin nak cuba makanan di Morocco, beli. Nampak baju di Itali, beli. Teringat Mak di Sydney, beli ole-ole. Nampak fridge magnet, beli. Tiada istilah lihat-lihat je apabila melancong.
Bagi saya skop definisi melancong itu luas. Mestilah. Jika ia sesempit definisi 'bersenang-senang dan melihat-lihat' mana mungkin kawan-kawan saya Norsa'adah Ahmad, Noor Hayati Yasmin, Normi Nas, Rohaniah Noor, Puan Nisah Haron, Azzah Abdul Rahman berjaya mencatat pandang rasa yang sangat ohsem di dalam buku travelog masing-masing.
Ini belum lagi cerita mengenai adik lelaki saya, 2 tahun 'melancong' tanpa tiket balik. Katanya, "itu beza di antara 'tourist' dan 'traveller', traveller tiada tiket balik." Dia hitch hike, berjalan kaki beratus-ratus kilometer, couch surfing dan kerja rencam di mana-mana negara yang dia berhenti rehat. Lebih 20 negara dalam tempoh 2 tahun itu.
Mereka ke luar negara bukan semata-semata nak beli fridge magnet atau bergambar di sisi monumen. Lebih dari itu, mereka melihat kisah manusia, warisan sejarah dan budaya.
P/s 1: saya paling suka melancong apabila dapat jumpa kawan baharu yang memperkenalkan perkara-perkara baharu. Sangat '6 degree of separation'.
P/s 2: sepatutnya #julyentries tema melancong ini cabaran semalam.

Ulasan
Catat Ulasan