BUKU
Mak Abah tak pernah suruh kami baca buku, waima buku pelajaran sekalipun. Tapi budaya yang melibatkan buku itu yang diterapkan.
Jika orang tanya bagaimana timbul minat membaca, terus-terang saya tak tahu nak jawab. Yang pasti...
- Dulu, setiap kali Mak Abah ke konferens kewartawanan di Indonesia balik dengan 2 beg besar penuh dengan buku.
- Semasa saya belajar di Amerika, tanya Mak nak saya beli apa-apa ke. Mak suruh beli buku dan langgan majalah bulanan. Tamat belajar, saya habiskan USD700 untuk bawa balik berkotak-kotak buku dan majalah dengan kontena ke Malaysia.
- FYI, kami adik-beradik guna buku bukan untuk membaca sahaja. Kami jadikan buku sebagai 'lautan' untuk kami berenang. Teraburkan buku di lantai kemudian kuak tangan seperti berenang. Atau, jadikan buku sebagai 'bukit landai penuh salji', kemudian kami berangan-angan 'ski' seperti atlit olimpik musim salji. Jika buku digabungkan dengan kusyen, maka jadi seperti kubu untuk kami bermainperang-perang.
- Mak Abah tak pernah larang atau secara spesifik suruh kami baca buku tertentu. Suka hati kami. Kami kumpul siri komik Dewata Raya, buku Detektif Conan, novel bahasa inggeris, novel bahasa melayu (banyak novel tahun 90-an), buku bisnes, buku self help, buku agama, buku berkebun dll.
- kami jenis keluarga hands-on. Misalnya, Mak beli buku resepi jika nak belajar buat roti. Abah nak hasilkan landskap air terjun, dia beli buku landskap.
- kebetulan kawan-kawan Mak Abah penulis, wartawan dan pelukis. Jika kami ke rumah mereka, kami (anak-anak) lepak di ruang yang ada buku dan karya mereka. Setakat ini, rumah arwah Pak Matlob paling ohsem. Ruang bawah (seperti basement) dipenuhi buku dan suratkhabar sehingga ke siling.
- kami sembang sesama kami topik buku yang dibaca. Semasa di tingkatan 2, Mak kongsi satu buku keibubapaan yang menerangkan 'breast is a source of love'. Hahaha... terkebil-kebil mata saya mendengar. Kemudian, saya pula kongsi dengan Mak topik mengenai orang bujang dari buku Surrendered Single.
- Jika sesiapa ke rumah saya, setiap bilik ada buku. Kecuali dapur dan bilik air (dulu di tangga pun ada rak buku). Di ruang tamu, di atas meja diletak buku. Jika ke ofis comel saya, satu bilik khusus buku.
Jika orang tanya bagaimana timbul minat membaca, terus-terang saya tak tahu nak jawab. Yang pasti...
- Teringin nak baca, saya baca
- Nak tambah fakta penulisan, saya baca
- Nak faham isu, saya baca
- Nak fefeling, saya baca
- Apabila bosan tiada internet, saya baca
Ulasan
Catat Ulasan