MIMPI

Ada sekadar mainan tidur bilamana litar neuron bergerak aktif semasa REM (Rapid Eye Movement).

Tetapi ada mimpi yang membawa ramalan dan ilham.

Mimpi yang terkenal adalah mimpi Nabi Yusof, melihat bintang-bintang sujud dan mimpi di dalam penjara. Ibrah daripada mimpi Nabi Yusof, 7 tahun musim subur 7 tahun kemarau, saya sangat suka.

Pernah terbaca (tak ingat di mana) seorang penulis menggunakan mimpi untuk mendapatkan idea/ilham penulisan yang segar. Dia meletakkan buku nota di meja sisi katil. Terjaga dari mimpi terus dicatat apa yang dia masih ingat.

Saya pernah mengalami mimpi-mimpi yang mana seorang rakan beritahu, jika mimpi hal-hal seperti itu, akan berlaku sebaliknya (atau, tak akan berlaku):

+ mimpi Mak meninggal. Saya terbangun menangis tersedu-sedu. Sedih yang amat.

+ mimpi anak perempuan seiras wajah saya, berusia 2 tahun, saiz badannya kecil, kulit hitam manis dengan rambut paras bahu yang lebat beralun.

+ mimpi berpakaian serba putih, berseri-seri, duduk malu-malu di dalam bilik. Di sisi seorang lelaki berpakaian putih yang sama bersongkok hitam seperti baharu dibeli. Seorang kawan perempuan tetiba masuk ke dalam bilik membawa sedulang hidangan. Serentak si lelaki memegang secara sembunyi-sembunyi tangan kiri saya. Terbangun, terperanjat. Saya lihat tangan kiri, masih berbekas hangat tangan seperti dipegang.


Ada juga saya terfikir, semasa bermimpi kita bercakap bahasa apa?

Saya andai bahasa ibunda (mother tongue). Itu yang saya beritahu kepada seorang yang bertanya bagaimana penguasaan bahasa inggeris saya selepas 6 bulan menetap di Amerika.

Jawap saya, "I am still dreaming (using) my mother tongue."

P/s: sesiapa nak ikuti aktiviti 'prompt writting' bulan Julai mengikut perkataan yang diberi, boleh follow tanda pagar di bawah atau ikut rapat-rapat Norsa'adah Ahmad.

Ulasan

MENARIK

GARA-GARA PKP SATU KELUARGA MAKAN TELUR SOLAR

DIAN, PELUKIS TERMUDA DI MALAYSIA

LAUT