SEDERHANA
Saya ambil masa untuk menulis cabaran perkataan 'sederhana'. Apabila dibuat carian perkataan menggunakan Google Translate, di antara perkataan di dalam bahasa inggeris yang bermaksud sederhana ialah :
Saya google pula surah-surah yang merujuk pada kesederhanaan dalam hidup. 2 surah ini menarik perhatian:
Firman Allah SWT dalam Surah Al–Israa’ Ayat 26–27 yang bermaksud: “...dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros yang melampau–lampau. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur (ingkar) kepada Tuhannya”.
Surah Al–A’raf Ayat 31 yang bermaksud “...dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas”.
Ini merujuk pada perbuatan boros dan berlebih-lebihan. Ia masih tidak menjawab persoalan yang bermain di fikiran saya mengenai sederhana. Adakah sederhana bermaksud mediocre, simple, plain etc etc?
Sehinggalah saya menemui penerangan ini di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang merujuk hadis siri ke 333 iaitu:
Pertengahan di sini bermaksud adil/seimbang di antara berlebih-lebihan (melampau) dalam beribadah dan longgar dalam menjalankan syariat agama. Ini dinyatakan dengan lebih jelas di perenggan berikut yang saya salin (supaya tidak tertinggal barang satupun maksud asal ahli):
Dijelaskan oleh Imam Ibn al-Qayyim di dalam kitabnya:
“Kita perlu memahami apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW tanpa melampau dan ringan (iaitu bermudah-mudah). Begitu juga, tidak boleh memahami perkataan Baginda SAW apa yang tidak Baginda SAW maksudkan dan tidak juga memahaminya secara longgar akan kehendak Baginda SAW serta apa yang Baginda SAW maksudkan daripada hidayah dan juga keterangan. Ini kerana, jika kita lalai daripada hal ini akan menjerumuskan ke dalam kesesatan dan jauh daripada kebenaran yang kita tidak ketahuinya melainkan Allah SWT”. [Lihat: al-Roh, 62]
Selepas sehari menimbal balik maksud, konotasi dan konteks perkataan sederhana, saya mengambil pendekatan ini....
- simple
- plain
- modest
- ordinary
- unsophisticated
- inelaborate
- down-to-earth
Saya google pula surah-surah yang merujuk pada kesederhanaan dalam hidup. 2 surah ini menarik perhatian:
Firman Allah SWT dalam Surah Al–Israa’ Ayat 26–27 yang bermaksud: “...dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros yang melampau–lampau. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur (ingkar) kepada Tuhannya”.
Surah Al–A’raf Ayat 31 yang bermaksud “...dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas”.
Ini merujuk pada perbuatan boros dan berlebih-lebihan. Ia masih tidak menjawab persoalan yang bermain di fikiran saya mengenai sederhana. Adakah sederhana bermaksud mediocre, simple, plain etc etc?
Sehinggalah saya menemui penerangan ini di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang merujuk hadis siri ke 333 iaitu:
Nabi SAW bersabda:
خَيْرُ الْأُمُورِ أَوْسَاطُهَا
Maksudnya: “Sebaik-baik perkara adalah yang pertengahan.”
(boleh lihat penerangan penuh di
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/3023-irsyad-al-hadith-siri-ke-333-sebaik-baik-perkara-adalah-yang-pertengahan)
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/3023-irsyad-al-hadith-siri-ke-333-sebaik-baik-perkara-adalah-yang-pertengahan)
“Kita perlu memahami apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW tanpa melampau dan ringan (iaitu bermudah-mudah). Begitu juga, tidak boleh memahami perkataan Baginda SAW apa yang tidak Baginda SAW maksudkan dan tidak juga memahaminya secara longgar akan kehendak Baginda SAW serta apa yang Baginda SAW maksudkan daripada hidayah dan juga keterangan. Ini kerana, jika kita lalai daripada hal ini akan menjerumuskan ke dalam kesesatan dan jauh daripada kebenaran yang kita tidak ketahuinya melainkan Allah SWT”. [Lihat: al-Roh, 62]
Selepas sehari menimbal balik maksud, konotasi dan konteks perkataan sederhana, saya mengambil pendekatan ini....
- Rasulullah s.a.w adalah sebaik-baik contoh insan yang sederhana. Tetapi segala-gala yang dibuat secara sederhana dibuat dengan terbaik. Malah, apabila Rasulullah makan sebiji tamar dan segelas susu, baginda ambil makanan yang terbaik dan menikmati dengan penuh syukur.
- Memilih sederhana bukan bermakna memilih untuk menjadi biasa-biasa (mediocre). Kita pilih yang sederhana itu untuk menjadi 'the best we can be'.
- Menjadi sederhana bukan bermakna menjadi lewa dan melihat orang lain sahaja mencapai kejayaan. Kita pilih definisi kejayaan ikut kesederhanaan yang kita mahukan, lakukannya dengan terbaik dan 'live life to the fullest'.
Ulasan
Catat Ulasan