NAMA


Kenapa saya guna nama Jenin sebagai jenama? Semua berlaku secara tidak sengaja tetapi dirancang.

Pada April 2016, semasa bengkel penulisan Sai-Fi, saya bisikkan kepada seorang rakan, "Kak, saya nak tulis novel sai-fi mengenai Mat Jenin. Novel bersiri."

Gila.

Tak pernah menulis fiksyen, tetapi berangan-angan nak tulis sai-fi. Bukan sebuah, tetapi bersiri. Mimi ni ... kail panjang sejengkal tetapi lautan Atlantik nak diduga.

Manuskrip #MatJeninSoljarSavant (MJSS) siap pada September 2016. Oktober itu saya hadir bengkel buku bergambar kanak-kanak anjuran Gapena. 2 minggu selepas itu siap 5 buah buku dummy yang saya namakan siri #jeninjunior. November, aktiviti #duniaimaginasijenin dianjurkan dengan kerjasama pusat tuisyen yang ohsem.

Syok sendiri. Itu cemuh beberapa orang apabila buku MJSS diterbitkan pada Jan 2017 dan saya mula mempromosikan nama #akujenin di FB dan di whatsapp grup.

Itu kejutan budaya pertama selepas menulis hampir 20 tahun. Beberapa bulan saya gundah gulana memikirkan nama jenama 'Jenin' yang masih terpalit lumpur nama asal 'Mat Jenin'.

Semangat saya pulih menjelang PBAKL 2017. Biarlah apa orang nak kata. Saya tahu kemana nama 'Jenin' hendak dibawa dan dari hari ke hari saya semakin bersemangat membina nama 'Jenin'.

Kini sudah ada bengkel #youngjeninwriter, kad permainan #imajenin, kelas imajenin: Belajar Mengarang Guna Peribahasa dan Program #penuliscilikjenin.

Nama diingati kerana jasa dan manfaat yang ditinggalkan. Saya mengambil nama yang negatif dalam kisah rakyat dan memurnikannya bersama-sama doa semoga 'Jenin' itu membawa manfaat untuk generasi muda.

P/s 1: Norsa'adah Ahmad, saya sahut cabaran menulis hari ke-2 menggunakan perkataan 'nama'.

P/s 2 : siri 2 novel Mat Jenin iaitu Mat Jenin Meta Voltan dan siri 3 Mat Jenin Naga Natlob sudah ada sinopsis cuma nanti dulu. Nak ganti kail sejengkal kepada kren laut dalam.

Ulasan

MENARIK

KASIH SAYANG TANPA SYARAT

DIAN, PELUKIS TERMUDA DI MALAYSIA

GARA-GARA PKP SATU KELUARGA MAKAN TELUR SOLAR