MATAHARI


Semasa kecil, saya melihat matahari sebagai lampu yang menjadikan siang itu terang dan cahayanya menjadi zat makanan untuk alam.

Itulah paradigma yang terlekat sehinggalah... saya sambung belajar ke luar negara.

Ada 4 kisah...

1. Eh, kenapa masih pada hari yang sama?

Saya membaca dan menonton filem klasik, 'Around the world in 80 days' mengenai 'untung satu hari'. Tetapi, saya selalu beranggapan itu di dalam filem. Namun, selepas menaiki kapal terbang pada waktu malam dari KL ke Illinois, Amerika selama 22 jam dan melihat matahari timbul dan terbenam, tetapi masih tiba di Illinois pada tarikh yang sama seperti tarikh bertolak dari Malaysia, saya benar-benar takjub. Saya teringin nak lihat Alaska... 6 bulan matahari tak terbenam.

2. Spring forward, fall back

Hahaha... ini kenangan memalukan. Ini kisah keyakinan tahap 'mohor raja-raja memaklumkan tarikh Ramadan'. Pagi musim bunga itu, pukul 8 pagi saya ada kelas Entrepreneur. Dah bersiap awal. Baring-baring dengar lagu Siti Nurhaliza (masa ini, siti baru popular, mak pos kaset).

Pukul 7.30 pagi, saya mula berjalan ke kelas. Tak jauh, 10 minit dah sampai ke bangunan William Hall. Awal aku ke kelas hari ini. Itu fikir saya. Masuk kelas, saya terperanjat. Eh, semua dah sampai? Pensyarah pun ada. 5 minit kemudian, semua bangun dan keluar kelas. Eh, eh, kenapa?

Ceritanya... saya tak betulkan waktu jam. Seorang kawan kemudian menerangkan, setiap kali musim bunga ada 1 hari ditentukan sebagai 'Daylight Saving Time'. Kita tambah/cepatkan 1 jam. Nanti semasa musim luruh, kita lewatkan 1 jam. Formula mudah ingat, Spring forward, Fall back.

Moral of the story

+ melihat keindahan alam kita akan kagum pada kuasa Sang Pencipta.
+ berpada-padalah dengan tahap keyakinan diri di tempat baharu.
+ berkawan-kawanlah dengan penduduk tempatan

P/s: selebihnya saya ceritakan di dalam buku 'Alien di Normal'

Ulasan

MENARIK

KASIH SAYANG TANPA SYARAT

DIAN, PELUKIS TERMUDA DI MALAYSIA

MASIH ADAKAH SINAR SELEPAS COVID-19?