KEGEMBIRAAN JULAI

Hari ini 31 Julai. 

Tahun ini, awal-awal lagi saya sudah sisipkan keinginan untuk meraikan hari lahir sepanjang bulan Julai. 

Hahaha... orang lain raikan satu hari, kenapa Mimi nak jadi diva raikan sebulan?

Begini ... berada di dalam usia 40-an, ucapan Selamat Hari Lahir terasa klise. Jadi, semenjak 2 tahun lepas, saya berusaha untuk sambut hari lahir hanya bersama-sama 'me, myselt and I'. 

Saya tutup notifikasi hari lahir pada facebook supaya tidak dibuai-buai oleh ekstasi sambutan hari lahir. Saya pilih untuk menikmati hari lahir sendirian dengan zero perancangan. 

2 tahun itu, tanpa perancangan, bertemankan monolog sepi, terasa rugi pula masa 24 jam yang berlalu itu (haissh... macam-macam si Mimi ni). Jadi tahun ini, Julai dirai dengan cara berbeza. 

Terus-terus, saya tiada perinci. Saya hanya mahu 3 perkara:
Meraikan bersama-sama kawan.
Meraikan ia sepanjang Julai
Merahsiakan tarikh lahir
Kebetulan kawan penulis Norsa'adah Ahmad merancang untuk membuat Cabaran Blog 31 Perkataan sepanjang bulan Julai. 1 perkataan, 1 hari selama 31 hari. Bagus, kan idea itu. Saya sahut cabaran itu dan setakat hari ini saya berjaya tulis 17 catatan (yang tertinggal saya akan teruskan menulis). Paling penting, asbab cabaran menulis itu wujudnya blog ini. 

Bertitik tolak dari cabaran penulisan bulan Julai, saya berkenalan dengan kawan-kawan baharu. Paling best kami bertemu kali pertama melalui aktiviti Travel Journal. 

Kegembiraan Julai bukan hanya 'fun and joy'. Bulan ini saya menerima tanggungjawab sebagai AJK Malaysian Board on Books For Young People (MBBY). Ini tugas yang berat apatah lagi tahun depan Kuala Lumpur akan diangkat sebagai Kuala Lumpur World Book Capital 2020 disusuli Congress IBBY di Putrajaya pada September 2022. 

Bulan ini juga saya mendapat green light daripada 2 penerbit untuk penerbitan buku. Ya, ini berita gembira yang ditunggu-tunggu. Namun, ia adalah tanggungjawab untuk memastikan tulisan mencapai piawaian rumah penerbitan (dan pastinya deadline).

Insya Allah, Julai adalah permulaan. Sepertimana putik daun mengambil masa untuk tumbuh dan seterusnya membekalkan tenaga ke seluruh anggota, apa yang saya perolehi sepanjang Julai ini akan digunakan sebaik-baiknya. Saya berdoa semoga ditetapkan istiqamah sehingga Julai 2020. 

p/s:  Julai ini jual kereta viva, kereta pertama yang selama 11 tahun telah menyimpan pelbagai memori.

Impian sambutan hari lahir beramai-ramai di bulan Julai

3 Julai - perbincangan peluang dengan Penerbitan Pelangi

4 Julai - Sembang santai berhala tuju dengan penerbit Kasi Terbit

7 Julai - Dilantik menjadi AJK Majlis Tertinggi MBBY. 20 Julai - Mesyuarat pertama MBBY 2019/2020

11 Julai - ke pelancaran orbit platform penerbitan e-Sentral. Terjumpa dengan Datuk Sum, pengasas Penerbitan Pelangi Sdn Bhd

25 Julai - Di hadapan Yurta, lokasi sesi bercerita semasa Festival Kanak-Kanak Piiacuf 2019


Sesi di dalam Yurta
27 Julai - Sesi Belajar Hasilkan Travel Journal

27 Julai - Bersama-sama rakan blogger Cabaran Penulisan Julai hadir semasa aktiviti buat Travel Jurnal

26 Julai - Jual viva

28 Julai - Bengkel Penulisan Cerpen Nisah Harun, Seremban 2

30 Julai - Bengkel Imajenin: Mengarang Guna Peribahasa di QReazant, Bangi


Ulasan

MENARIK

KASIH SAYANG TANPA SYARAT

DIAN, PELUKIS TERMUDA DI MALAYSIA

GARA-GARA PKP SATU KELUARGA MAKAN TELUR SOLAR