UNTUNG JADI SUAMI MAKCIK KIAH
Tiba-tiba kisah Makcik Kiah jadi tular.
Si penjual pisang goreng yang tinggal di PPR Desa Tun Razak. Suaminya pesara dan sekarang membawa Grab. Anak Makcik Kiah pula adalah peminjam PTPTN.
Terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia (dan penulis teks ucapan) kerana menggunakan contoh rakyat marhain dalam menjelaskan Pakej Rangsangan Ekonomi pada petang Jumaat, 27 Mac 2020.
Makcik Kiah adalah contoh kehidupan 40% daripada rakyat Malaysia. Makcik Kiah adalah kisah ramai. Makcik Kiah mungkin juga kisah kita. Kisah rakyat marhain yang mencari rezeki pada saat gawat. Ditambah pula suami Makcik Kiah si pesara yang terpaksa meneruskan kelangsungan hidup dengan menjadi pemandu e-hailing.
Ya, pemandu e-hailing adalah rakyat stereng yang berusaha untuk melawan kegawatan dengan menggabungkan kudrat dan keupayaan ekonomi 'gig'. Istilah ekonomi gig ini semakin popular digunakan semenjak wujudnya platform perantara perkhidmatan secara digital seperti e-hailing dan Air BnB,
Sebuah buku Rakyat Stereng Lawan Gawat tulisan Mimi Salleh turut menjeaskan ekonomi gig ini telah menyumbang sebanyak AS$1.28 trilion kepada ekonomi Amerika pada tahun 2018.
Tulis Mimi lagi,
Ermm... mungkinkah salah seorang daripada mereka ialah suami Makcik Kiah?
Jika nak tahu, boleh dapatkan buku ini sementara jualan promosi kombo sehingga 31 Mac 2020. Klik bit.ly/mimifighter untuk maklumat lanjut.

E-hailing adalah sinar di sebalik kegelapan bagi mereka yang sedang dihimpit kesulitan. Ia adalah peluang pekerjaan halal bagi mereka yang ingin ‘fight to survive’ - mereka yang dibuang kerja, si bapa yang perlu menambah pendapatan keluarga, si ibu yang ingin meringankan beban perbelanjaan dan si pelajar yang sedang mengumpul duit untuk membayar yuran pengajian. Malah, e-hailing juga memberi peluang kepada pemandu pekak dan bisu serta kurang upaya untuk mencari rezeki.Buku ini memuatkan 30 kisah pemandu e-hailing daripada pelbagai bangsa dan latar belakang. Malah, turut diterangkan langkah-langkah untuk berdaftar sebagai pemandu e-hailing.
Ermm... mungkinkah salah seorang daripada mereka ialah suami Makcik Kiah?
Jika nak tahu, boleh dapatkan buku ini sementara jualan promosi kombo sehingga 31 Mac 2020. Klik bit.ly/mimifighter untuk maklumat lanjut.
Ulasan
Catat Ulasan