KEGEMBIRAAN JULAI
Hari ini 31 Julai. Tahun ini, awal-awal lagi saya sudah sisipkan keinginan untuk meraikan hari lahir sepanjang bulan Julai. Hahaha... orang lain raikan satu hari, kenapa Mimi nak jadi diva raikan sebulan? Begini ... berada di dalam usia 40-an, ucapan Selamat Hari Lahir terasa klise. Jadi, semenjak 2 tahun lepas, saya berusaha untuk sambut hari lahir hanya bersama-sama 'me, myselt and I'. Saya tutup notifikasi hari lahir pada facebook supaya tidak dibuai-buai oleh ekstasi sambutan hari lahir. Saya pilih untuk menikmati hari lahir sendirian dengan zero perancangan. 2 tahun itu, tanpa perancangan, bertemankan monolog sepi, terasa rugi pula masa 24 jam yang berlalu itu (haissh... macam-macam si Mimi ni). Jadi tahun ini, Julai dirai dengan cara berbeza. Terus-terus, saya tiada perinci. Saya hanya mahu 3 perkara: Meraikan bersama-sama kawan. Meraikan ia sepanjang Julai Merahsiakan tarikh lahir Kebetulan kawan penulis Norsa'ad...