Catatan

KASIH SAYANG TANPA SYARAT

Imej
Kasih sayang tanpa syarat (unconditional love) antara perkara yang mudah diucap tapi sangat sukar dibuat. Kita terus menghakimi seseorang hanya kerana cara dia (berfikir, bercakap, bertindak) berbeza dengan cara kita. "I like you just the way you are..." antara dialog Mark Darcy yang buat hati Bridget Jones terdetik, "He is not what he seems ...." Jika dalam filem, plot berubah fikiran/hati boleh dibuat dalam masa 2 jam dan selalunya berakhir dengan penamat yang gembira. Namun realitinya, kita dipupuk (condition) dengan pelbagai syarat sepanjang hidup dan penamatnya mungkin kekecewaan.  - Periksa mesti dapat semua A - Kerja mesti bagus - Kahwin sebelum usia 30 - Dapat anak dalam tahun pertama perkahwinan - Kawan mesti lepak bersama-sama ... dan senarainya berterusan.  Mengubah paradigma selepas minda/emosi/jiwa telah 'disyaratkan' memerlukan anjakan yang seumpama ledakan, yang akan buat kita terdetik, "... what just happen?" Ini saya pan...

GARA-GARA PKP SATU KELUARGA MAKAN TELUR SOLAR

Imej
"Ya Allah!" Surya terkocoh-kocoh. Dia mencari sesuatu dari dalam beg. "Cari apa?" Tanya saya. "Kunci kereta. Lupa... lupa sungguh," keluh Surya buat saya bertambah hairan. "Lupa apa?" "Telur. Satu papan telur tertinggal dalam kereta. Dah 2 hari." Aduhai. Saya cepat-cepat lari turun tangga. Janganlah busuk, janganlah busuk telur tu. Surya ke pasar hari Jumaat. Hari ini dah hari Ahad. Kemungkinan besar telur-telur itu dah busuk, detik hati.  Saya nampak sepapan telur masih dalam plastik di kerusi belakang. Apabila diangkat, panasss. Panas sungguh ni. Masuk ke rumah, kami ambil sebiji telur. Panas kulitnya seperti baru diangkat dari air mendidih. Surya cuba pecahkan ke dalam mangkuk. Eh, tak boleh. Kulit yang terkopek menampakkan isi telur yang putih. Dah jadi telur rebus! Tak percaya, kami cuba secara rawak pecahkan beberapa telur yang lain dari papan yang sama. Ada yang keras, ada yang tiga suku masak. Alhamdulillah. ...

UNTUNG JADI SUAMI MAKCIK KIAH

Imej
Tiba-tiba kisah Makcik Kiah jadi tular. Si penjual pisang goreng yang tinggal di PPR Desa Tun Razak. Suaminya pesara dan sekarang membawa Grab. Anak Makcik Kiah pula adalah peminjam PTPTN. Terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia (dan penulis teks ucapan) kerana menggunakan contoh rakyat marhain dalam menjelaskan Pakej Rangsangan Ekonomi pada petang Jumaat, 27 Mac 2020. Makcik Kiah adalah contoh kehidupan 40% daripada rakyat Malaysia. Makcik Kiah adalah kisah ramai. Makcik Kiah mungkin juga kisah kita. Kisah rakyat marhain yang mencari rezeki pada saat gawat. Ditambah pula suami Makcik Kiah si pesara yang terpaksa meneruskan kelangsungan hidup dengan menjadi pemandu e-hailing. Ya, pemandu e-hailing adalah rakyat stereng yang berusaha untuk melawan kegawatan dengan menggabungkan kudrat dan keupayaan ekonomi 'gig'. Istilah ekonomi gig ini semakin popular digunakan semenjak wujudnya platform perantara perkhidmatan secara digital seperti e-h...

MASIH ADAKAH SINAR SELEPAS COVID-19?

Imej
Getaran di hati saya kali ini bukan cinta. Tetapi, rasa 'dejavu'. Rasa cuak. Apa yang akan berlaku selepas COVID-19? Pandemik COVID-19 yang melanda dunia adalah sesuatu yang mengejutkan ramai. Ini bukanlah pandemik pertama yang rakyat dunia lalui. Sebelum ini, pandemik H1N1 yang juga novel virus pada tahun 2009 menyebabkan kematian di antara 151,700 and 575,400 orang di seluruh dunia pada tahun pertama ia dikesan (info dari Center for Disease Control and Prevention).  Tetapi, ketika pandemik H1N1 melanda, kita di Malaysia masih boleh bersiar-siar dan berhimpun di luar rumah. Kali ini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April (semenjak 18 Mac yang lalu) menyebabkan semua  'halt'.  Jadi apa akan berlaku pada ekonomi negara pada tahun 2020 ini?  Apa akan terjadi pada pendapatan keluarga saya bulan ini, bulan depan dan seterusnya? 'Dejavu' yang saya rasai berasas. Kegawatan ekonomi pada akhir tahun 1980-an dan1997, ...

CARA LENYAPKAN STRES... BERHENTI JADI HAMBA KERJA

Imej
Setiap kali jumpa Ain dan adik-beradiknya yang semakin tinggi, selalu bergurau dengan Mak, "nasib baik ada budak-budak ni untuk sedarkan diri dah semakin tua." Kami gelak serentak.  Saat itu, selalunya saya tambah perisa usikan, "Besar hikmah sendi semakin sakit, jika tidak sehingga sekarang gigih nak buat macam-macam kerja, kan Mak (sambil * wink)?" Saya syukur apabila memasuki usia 40-an Tuhan angkat satu per satu beban di minda dan di hati. Beban terakhir yang Tuhan lenyapkan adalah 'klien korporat'. Haaaaa ... lega. Ringan bahu. Jika sesiapa pernah tonton filem seram 'Shutter', babak dimana ditunjukkan roh wanita bertenggek di pangkal leher watak utama, begitulah saya rasa selama 25 tahun ini. Cuma dalam hal saya, berat di bahu bukan roh wanita mati dirogol, tetapi beban tanggungjawab.  Fyi, semenjak Februari tahun ini, saya unemployed . Saya secara sedar mengambil keputusan untuk: tidak menjadi perunding editorial dan pe...

5 CARA UNTUK SELAMAT DI ALAM MAYA

Imej
Evolusi enjin carian berkembang seiring dengan perkembangan teknologi digital. Sehingga kini, Google masih enjin carian paling popular berbanding Yahoo, Bing dan beberapa enjin carian yang lain. Malah, hari ini juga, kita boleh mencari apa sahaja.  Mencari artikel, jurnal akademik, gambar, video... apa sahaja yang terlintas di fikiran, jari-jemari hanya perlu ketik perkataan kekunci (keyword). Misalnya, nak mencari siapa Mimi Salleh. Taip Mimi Salleh dan tekan 'enter'. Jika mahu lebih spesifik boleh taip 'Mimi Salleh Bujang OK' atau Mimi Salleh Jenin'. Akan keluar senarai yang berkaitan carian tersebut.  Sekarang kita juga boleh minta 'Google' cari lokasi melalui Google Map dan Google Location. Misalnya mahu mencari lokasi bengkel Young Jenin Writer di Taman Sri Gombak. Hanya taip alamat dan tekan 'enter'. Setiap jalan, lorong dan ceruk boleh dicari. Malah lokasi tersebut boleh dilihat secara 360 darjah (pusing sekeliling). Di dunia digital ...

DIAN, PELUKIS TERMUDA DI MALAYSIA

Imej
Dian Auliya Mohd Izani atau mesra dipanggil Dian, keletahnya lucu. Suka ketawa dan membuat aksi yang pasti membuat orang lain ketawa. Setiap pagi, Ira (adik bongsu saya) akan hantar Dian. Dari dalam kereta Dian akan lambai-lambai apabila nampak Mak Long (saya lah tu).  Saya di rumah, memang ada pensil warna, kapur dan berus. Dian selalu singgah ke bilik kerja saya (bilik berhadapan dengan bilik tidur utama, ruang untuk Dian dan Sofea). Apabila diberikan kertas, Dian akan menconteng. Buku-buku dia tak conteng, hanya suka flip laju-laju. Ini berbeza dengan Sofea yang lebih lasak dan suka menyusun barang. Mungkin darah yang mengalir dan budaya melukis dari mummy Dian.  Mummy Dian adalah adik bongsu saya. Ira atau Laila Salleh, nama yang kawan-kawannya panggil memang suka melukis. Mungkin Ira membesar melihat Abah dan Ajin, adik lelaki saya sering membuat lakaran (sketching) dan melukis. Ira pernah masuk pertandingan dan pameran. Cuma masa tidak mengizinkan, dia tidak d...