Catatan

KEGEMBIRAAN JULAI

Imej
Hari ini 31 Julai.  Tahun ini, awal-awal lagi saya sudah sisipkan keinginan untuk meraikan hari lahir sepanjang bulan Julai.  Hahaha... orang lain raikan satu hari, kenapa Mimi nak jadi diva raikan sebulan? Begini ... berada di dalam usia 40-an, ucapan Selamat Hari Lahir terasa klise. Jadi, semenjak 2 tahun lepas, saya berusaha untuk sambut hari lahir hanya bersama-sama 'me, myselt and I'.  Saya tutup notifikasi hari lahir pada facebook supaya tidak dibuai-buai oleh ekstasi sambutan hari lahir. Saya pilih untuk menikmati hari lahir sendirian dengan zero perancangan.  2 tahun itu, tanpa perancangan, bertemankan monolog sepi, terasa rugi pula masa 24 jam yang berlalu itu (haissh... macam-macam si Mimi ni). Jadi tahun ini, Julai dirai dengan cara berbeza.  Terus-terus, saya tiada perinci. Saya hanya mahu 3 perkara: Meraikan bersama-sama kawan. Meraikan ia sepanjang Julai Merahsiakan tarikh lahir Kebetulan kawan penulis Norsa'ad...

BUNGA

Imej
Setiap kali musim konvokesyen, bisnes bunga meletup-letup. Tak tahu siapa yang memulakan trend, musim konvo, para graduan mesti diberi bunga. Mungkin keluarga saya bukan jenis beri bunga, maka 3 kali sarung jubah graduasi untuk Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana tiada sekuntum bungapun saya dapat. Malah, Numan yang menemani semasa konvo di Illinois State University (Mak Abah tak dapat datang) juga tak beri bunga. Seumur hidup, 3 atau 4 kali sahaja saya mendapat bunga. Terakhir 2 tahun lepas, seorang lelaki menghulur sejambak besar bunga mawar merah tanda perkenalan. Kaget, tak tahu nak beri reaksi apa. Saya balas dengan ucapan terima kasih sahaja. Paling ohsem adalah lelaki pertama ajak saya 'date' ke lokasi Festival Bunga di Kuala Lumpur. Walaupun sudah 10 tahun berlalu, itu perancangan 'date' yang saya harus beri 'standing ovation'. Hampir 3km kami berjalan melihat -lihat rumah-rumah kampung yang dibina. Saya hargai perancangan itu. Bunga-bunga yang dilih...

NASI

Imej
Nasi sangat 'predictable'... beras jika campur santan, jadi nasi lemak. Jika campur tomato puri dan susu, jadi nasi tomato. Jika tumis dan campur daging jadi nasi daging. Jika dilebihkan air menjadi moi atau bubur. Nasi menepati citarasa tempatan dan global kerana resepi nasi boleh diinovasi rasa dengan apa sahaja bahan. Namun, paling saya tertarik mengenai nasi adalah teknik yang menjadikan ia istimewa.  Misalnya, saya kagum melihat nasi yang dimasak oleh ibu kawan saya, Leila. Nasi ditelungkup ke dalam pinggan lebar. Kelihatan kerak berwarna kecoklatan terbentuk mengikut bentuk periuk. Itulah pertama kali saya melihat kerak nasi menjadi 'delicacy' dan kerak itu disengajakan. Hahaha... serius saya tergelak apabila Leila memberitahu ada teknik tertentu untuk membuat kerak.  Saya beritahu Leila, "Jika di Malaysia, anak dara yang masak nasi berkerak belum boleh kahwin."  Ibunya warganegara Amerika yang berkahwin dengan orang Iran. Menurut ibu Le...

SEDERHANA

Imej
Saya ambil masa untuk menulis cabaran perkataan 'sederhana'. Apabila dibuat carian perkataan menggunakan Google Translate, di antara perkataan di dalam bahasa inggeris yang bermaksud sederhana ialah : simple plain modest ordinary unsophisticated inelaborate down-to-earth Konotasi 'sederhana' yang bermaksud biasa-biasa atau mediocre semakin buat saya gelisah. MEDIOCRE ?! Saya tak setuju sederhana dalam hidup bermaksud mediocre . Saya google pula surah-surah yang merujuk pada kesederhanaan dalam hidup. 2 surah ini menarik perhatian: Firman Allah SWT dalam Surah Al–Israa’ Ayat 26–27 yang bermaksud: “...dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros yang melampau–lampau. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur (ingkar) kepada Tuhannya”. Surah Al–A’raf Ayat 31 yang bermaksud “...dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan or...

HIJAU

Imej
Tinggal di Malaysia, warna hijau itu melata dan merata-rata. Ada pada rumput, flora, serangga, gunung-ganang malah kuih-muih juga ada yang bewarna hijau.  Hidup dikelilingi kehijauan bukan bermakna kehidupan hijau itu diangkat. Saya mengaku, saya antara insan yang selalu lupa untuk bertindak bijak menjaga alam sekitar.  Hanya setahun dua ini kami sekeluarga mula mengasing-asingkan sampah. Di dapur ada plastik sampah untuk barangan kering seperti plastik, tin, kertas dan kaca. Ada satu lagi plastik untuk sampah organik (mudah urai). Memandangkan kami jaga 2 orang anak kecil yang memakai lampin pakai buang, itu juga kami asingkan dalam plastik berbeza. Kami harap usaha kecil itu memudahkan orang yang bertugas di pusat pelupusan sampah. Tahun ini, kami sekeluarga mula menyisih dan menyah baju-baju lama temasuk barangan yang tak dipakai kepada syarikat kitar semula. Sehingga Jun 2019, sudah 3 kali kami menggunakan syarikat kitar semula. Kami hanya kumpulkan setempat b...

MALAM

Imej
Banyak kenangan waktu malam yang saya suka. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Sama ada mahu menulis mengenai  bintang-bintang di langit Queenstown, NZ, berkerlipan seperti mentol-mentol kecil yang dipasang semasa musim perayaan.  Atau, menulis melihat Super Moon berlabuh di kaki langit Pulau Redang, sedang jejari kaki menguit pasir-pasir lembab,  sedang si mamat R menabur ayat-ayat manis, kala mata hanya terpesona melihat cantiknya alam.  Saya memilih untuk menulis mengenai momen-momen malam pada tahun 1988. Ketika itu,  Mak Abah baru memulakan syarikat penerbitan majalah dengan majalah pertama kami iaitu majalah IBU.  Menerbitkan majalah bulanan, deadline sangat ketat. Perlu siapkan bahan untuk 3 keluaran ke hadapan. Kami hanya ada seorang jurutaip, Mak sebagai wartawan dan seorang type setter. Zaman itu tiada komputer grafik, yang ada ialah tugas-tugas typesetting. Setiap perkataan, perenggan, tajuk dan gambar harus disusun dan ditampal di ...

LAUT

Imej
Saya suka laut. Walaupun tak pandai berenang, asalkan boleh terapung, laut menjadi pilihan bercuti. Namun, ada satu  pengalaman di laut yang tak boleh dilupakan.  Tahun 2004, selain memiliki syarikat penerbitan majalah, Mak dan Abah juga menjual pakej pelancongan dengan cara bekerjasama dengan beberapa agensi pelancongan. Pada bulan Disember 2004 ada pakej menaiki Star Cruise Virgo selama 4 hari 3 malam. Mak dapat tempahan daripada sekumpulan guru-guru pesara untuk ikut serta.  Pagi itu, kami berempat, Mak, Abah, saya dan adik bongsu ke Pelabuhan Klang. Saya teruja... tak dapat bayangkan bagaimana rupa kapal pelancongan itu. Memasuki parkir Pelabuhan Klang, di hadapan kami gah sebuah kapal berwarna putih dengan tingkap-tingkap kecil tersusun seolah-olah bangunan flat yang melebar.  Ketika keluar dari kereta, melihat kapal yang tersergam, saya membayangkan diri seperti Rose di dalam filem Titanic. Mungkinkah Mimi akan bertemu Jack? Siapakah gerangannya si...