FELLOWSHIP OF THE BOOK : KUASA PENULIS WANITA
Merujuk #augustblogpostchallenge, ini ialah gambar yang ada dalam galeri kamera saya. Diambil semalam. Kami berlima (yang ke-6 jauh di mata, dekat di hati) ialah penulis. Jangan ingat, di sebalik kemanisan wajah masing-masing ber'wefie' dengan senyuman bak iklan ubat gigi berjenama prestij, kami ini seperti penyanyi nasyid yang mendendangkan lagu irama syahdu. Oh tidak. Kami sangat berbeza dalam pelbagai segi... latar belakang, kerjaya, pengalaman, usia, personaliti malah ideologi politik. Jangan terperanjat, kami juga lantang bersuara. Lepak dengan kami seperti lepak di Parlimen. Berdebat, bertikam lidah tetapi selepas itu kami gelak ketawa. Persahabatan 'Fellowship of the Book' kami ini terhasil secara organik. Ada rasa 'ngam' apabila bersama-sama dan kami saling beri inspirasi dan jadi pemangkin. Apabila difikirkan, ada 5 perkara yang menyebabkan kami kamceng: 1. Di mata ada nyala, di hati ada rasa Kekuatan wanita terletak pada ny...